,
Laman Utama

#DariPandanganZulAriffin: Arwah Emak Pernah Tanya Saya - Taknak Kerja Pejabat Ke?

Zul Ariffin
07/07/2021
05:30 MYT
Ketika saya mula-mula berlakon dulu, memang saya tidak ada pengalaman dan ketika itu berlakon adalah untuk survival. Cukup makan, bayar duit minyak dan perkara-perkara asas untuk saya survive.
In order to get more, i have to be good at it. Saya selalu fikir 13 tahun lepas, boleh tanya adik beradik saya, saya hanya fikir pasal 'makan'- survival untuk hidup. Itulah motivation pada awal-awalnya.
Sekarang saya berusia 35 tahun. Bila dah berusia ini saya jaga makan, pergi gym dan saya akan terus bekerja. Mungkin pandemik sekarang ni ada kerja-kerja yang terbantut, tetapi apabila boleh keluar nanti saya akan terus bekerja.
Itulah fire yang sentiasa ada dalam diri saya. Sekarang inipun saya sudah berfikir apa yang saya perlu lakukan bila EMCO tamat nanti dan sudah boleh kembali shooting.
Satu lagi perkara, saya sangat suka mempromosikan cerita-cerita yang saya lakonkan, yang sama-sama kita usahakan untuk menjadikan ianya satu persembahan kepada peminat-peminat. Ini penat lelah sama-sama, mereka yang belakang tabir.
Tak kira filem atau drama. Itu kerja sama-sama, daripada director, jurukamera, editor dan semua yang ada. Saya sentiasa excited untuk mempromosikan filem-filem atau drama-drama saya.
Jika ditanya siapakah tulang belakang saya yang sentiasa memberikan sokongan, pastinya orang kuat Infinitus, Miss Gayatri Pillai yang mempercayai bakat saya ketika orang lain tidak memandang apa yang saya ada. Berbalik pada tahun 2011 atau 2012, dialah orang yang cakap pada saya bahawa "You can do this", ketika saya sendiri tidak begitu percayakan kebolehan saya.
Ahli keluarga saya juga memberikan sokongan kepada saya. Tetapi saya juga perlu jujur, ketika itu ada ahli keluarga yang tidak begitu yakin dengan apa yang saya ingin lakukan. Mungkin mereka rasa macam tidak pasti dan itulah yang saya alami.
Tetapi bila saya lakukan dengan bersungguh dan mereka melihat sendiri dan menonton sendiri di panggung wayang dan sebagainya, mereka bangga dengan apa yang saya lakukan.
Ketika saya ingin menjadi pelakon dulu, arwah emak saya pernah tanya betul ke ingin jadi pelakon, dan tidak mahu kerja pejabat ke? Percaya tak. Tetapi bila kali pertama saya shoot filem yang dia datang di set, dan saya ambil kerusi untuk dia duduk dan saya tunjukkan set besar dengan kren, ramai sangat kru, blok jalan raya semuanya.
Kemudian saya tanya pada emak, "dalam filem ini siapa hero?" Dia jawap, "kamulah". There you go. It's your son. Masa itu adalah satu momen yang cukup membanggakan kerana inilah kerja yang saya mahukan dan saya tidak mahu berhenti. Selepas itu arwah emak selalu datang ke set, adik beradik saya juga datang menonton filem-filem lakonan saya.
Itulah kekuatan saya. My endurance. Memang sebagai pelakon kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Pasti ada yang akan mengkritik.
Tetapi kita jangan pula emotional dan kita ambil kritikan yang membina untuk memperbaiki diri, bukan mematahkan semangat kita. Kalau tidak nanti kita akan berhenti bekerja sebelum masanya untuk kita berhenti. Ramai netizen yang ada pendapat masing-masing, dan kita perlu strong.
Nanti kita bercerita lagi.
Zul Ariffin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zul Ariffin Tersasul Minta 4 Isteri Ketika Berdoa, Netizen Terhibur - “Satu Pun Belum Ada…”

gempak
24/11/2024
07:55 MYT
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, pelakon filem Sheriff itu secara berseloroh mahu dipertemukan jodoh bersama empat orang wanita ketika berdoa.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Unitar