,
Laman Utama

#DariPandanganZizanRazak: Jangan Rasa Kalah Terus Atau Putus Asa

Zizan Razak
25/06/2021
07:30 MYT
Bismillahirahmanirrahim. Assamualaikum, bertemu lagi dengan Zizan untuk ruangan di Gempak untuk kali ini. Memang tak dinafikan keadaan ekonomi ramai orang semakin terjejas di musim PKP 3.0 ini.
Saya bukan nak bercakap bagi pihak industri seni sahaja tetapi juga secara general kerana terlalu ramai yang melaluinya. Pada saya, ini antara dugaan yang berat untuk dilalui oleh ramai orang.
Bila bercakap tentang masalah yang dilalui sekarang ini, secara jujurnya, pada mereka yang ada kerja sebelum ini tetapi dibuang kerja atau hilang punca pencarian, jangan rasa kalah terus atau putus asa. Pemikiran kita perlu sentiasa bergerak untuk mencari sumber alternatif dan melakukannya secepat mungkin.
Pada saya, banyak perniagaan on-line yang kita boleh lakukan tanpa menggunakan modal. Mungkin ada yang memerlukan sedikit modal dan mungkin ada yang memerlukan banyak modal, tetapi kita perlu ada simpanan.
Mungkin ada di antara kita yang tidak mempunyai modal langsung dan rasa lost serta tak mampu untuk berbuat apa, tapi ada juga mereka-mereka yang menghulurkan business tanpa mengeluarkan sebarang modal seperti menjadi dropship dan sebagainya. Kita buat kerja dan kita peroleh keuntungan daripada business tersebut.
Macam yang saya katakan, pemikiran kita mesti selalu bergerak. Kita tentunya perlu tahu tentang business yang legit. Legit maksudnya mereka-mereka yang mempunyai platform yang sudah kukuh dan business yang boleh percayai. Itu yang paling penting dan ada black and white perjanjian dalam perniagaan tersebut. Mungkin bunyinya nampak mudah, tapi itulah usaha yang kita perlu buat demi diri kita dan keluarga kita. Usaha dan tawakal.
Macam saya juga, bila ada business sendiri saya cuba sebaik mungkin untuk membantu melalui perniagaan yang saya jalankan seperti mencari dropship, agent serta stokis. Saya berpegang pada kata-kata 'dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain'. InsyaAllah, kita berusaha untuk membantu dengan cara masing-masing.
Satu lagi yang saya boleh nasihatkan, kepada mereka yang duduk di rumah supaya jangan terlalu stress, jangan terlalu banyak main telefon, banyakkan buat benda berfaedah, banyakkan masa dengan Allah SWT dengan beribadah dan banyakkan beriadah seperti jogging dan sebagainya.
Saya juga bersyukur kerana ramai rakyat Malaysia yang prihatin dengan kesukaran yang dilalui sesama kita. Charity ini sangat-sangat bagus dan sangat-sangat baik kerana buat mereka yang mampu dapat membantu mereka yang memerlukan. Bila kita bersedekah dan menderma ni, InsyaAllah rezeki kita semakin murah dan segala urusan kita dipermudahkan.
Jumpa lagi.
Zizan Razak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ahmad Nawab Meninggal Dunia Pada Usia 92 Tahun

gempak
24/11/2024
10:45 MYT
Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab dilaporkan meninggal dunia pada petang Ahad.
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Unitar