,
Laman Utama

#DariPandanganRemyIshak: Cuba Pelbagai Cara Apabila Ada Ahli keluarga Positif Covid

Remy Ishak
23/06/2021
07:00 MYT
Assalamualaikum. Bertemu kembali dengan Remy kali ini dan saya nak berkongsi sedikit pengalaman apabila ada ahli keluarga saya yang positif Covid tidak berapa lama dulu. Pengalaman kita semua berbeza tetapi mungkin apa yang saya lalui dapat memberi manfaat juga kepada yang membaca.
Dua minggu selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri lalu, saya dapat berita dalam family WhatsApp Group yang anak buah saya yang menetap di Seremban positif covid. Dia masih muda, dalam usia 19 atau 20 tahun. Anak buah saya ni lelaki. Pada mulanya saya tak risau sangat masa tu kerana anak buah saya ni tidak ada penyakit kronik kerana selalu yang kita baca, Covid ni bila dia serang orang yang berpenyakit kronik, mereka berkemungkinan besar akan mengalami masalah yang lebih rumit. Saya tak risau sangat kerana saya rasa imuniti badan dia kuat.
Cuma yang merisaukan adalah dia tak dikuarantinkan di tempat yang sepatutnya. Dia kena kuarantin diri sendiri di rumah dan dalam rumah kakak saya di Seremban tu ada kakak saya, suami kakak saya serta seorang lagi anak buah saya. Masa tulah saya mula risau kerana kakak saya ada asma. Jadi kalau dia tinggal serumah dengan anak buah saya yang positif, biarpun anak buah saya tu di kuarantin di dalam bilik yang lain tapi saya tetap bimbang dengan keadaan kakak saya.
Tambahan pula abang ipar saya juga tidak begitu sihat. Ketika itu ada timbul rasa takut tetapi saya cuba tidak panik. Saya cuba kawal situation dalam WhatsApp keluarga tu kerana emak saya dan adik beradik saya yang lain juga mula risau dan takut.
Saya kena jadi orang yang positif dalam situasi sebegini supaya yang lain tidak terikut-ikut dengan fikiran negatif. Tetapi lepas dua tiga hari dikuarantin, tidak ada sesiapa daripada pihak berkuasa yang datang ke rumah untuk buat swab test pada ahli keluarga anak buah saya, sedangkan mereka juga terpaksa dikuarantin bersama. Perkara tersebut yang membuatkan saya pula menjadi risau.
Sepatutnya mereka yang terpaksa dikuarantin di rumah ini bersama-sama perlu dibuat swab test juga. Kalau mereka tak buat test, kita pun tak tahu keadaan mereka macam mana, positif ke, negatif ke. Selepas seminggu pun masih belum ada sesiapa daripada pihak berkuasa yang datang untuk membuat test. Saya sangat faham pihak frontliner semuanya sibuk dan kita tidak boleh marahkan mereka kerana semuanya tengah stress dengan kes yang banyak ketika itu.
Biarpun ada ahli keluarga saya yang sudah positif Covid, tetapi tidak ada apa yang saya boleh lakukan kecuali selalu berikan kata-kata semangat bukan sahaja kepada keluarga kakak saya, tetapi ahli keluarga lainnya juga. Selebihnya saya bertawakal pada Allah SWT.
Kemudian kakak, abang ipar dan seorang lagi anak buah saya mula demam. Masa tu saya memang betul-betul risau sebab kakak saya ada asma dan macam mana kalau dia pula positif Covid? Saya jadi takut. Saya terus kuatkan semangat dan bila saya bercakap dengan mereka saya tidak tunjukkan rasa takut saya tu. Saya cuba relaks dan tenangkan diri sebaik mungkin.
Mujur juga saya jadi duta produk Origina dan saya hantarkan vitamin C 1000mg keluaran Origina tu sebanyak empat kotak pada mereka. Saya cakap pada kakak saya supaya ambil vitamin C tu setiap hari. Kalau dapat minum satu pek atau dua pek sehari pun okaylah. Pada saya kita nak immune system dalam badan kita jadi kuat dan InsyaAllah dapat mengelakkan atau mengurangkan jangkitan.
Inisiatif lain yang saya buat adalah saya beli supplement lainnya dan post pada kakak saya untuk mereka ambil. Memang saya nervous dan takut kerana mereka tak dapat buat check atau sebarang test. Hanya selepas dua minggu, baru kakak saya boleh keluar dan satu keluarga buat swab test tu. Alhamdulillah, bila dapat result, mereka semua negatif. Memang rasa lega sangat-sangat sebab masa kakak saya dan keluarganya demam tu, ketika dia communicate dalam family WhatsApp group tu memang dia sangat down. Alhamdulillah, semuanya sudah baik untuk mereka.
Itulah pengalaman saya apabila ada ahli keluarga saya yang positif Covid. Yalah, kadangkala kita dapat information yang pelik-pelik juga melalui WhatsApp dan lain-lain media sosial yang membuatkan mereka lagi takut sebenarnya. Saya ada juga nasihatkan kakak saya supaya jangan selalu tengok media sosial kerana kadang-kadang ada berita yang tak betul atau berita-berita yang sampai pada dia tak sama dengan situasi orang yang meninggal dunia kerana Covid, jadi sentiasa positifkan minda. Saya selalu nasihatkan kakak saya sekeluarga ke arah itu.
Kepada mereka yang ada ahli keluarga yang turut positif Covid, banyakkan berdoa dan kalau ada peluang untuk berusaha memberikan kata-kata semangat buat mereka. Untuk kita semua yang lainnya, teruslah patuh kepada SOP yang ditetapkan dan semoga apabila kita semua telah divaksin nanti, keadaan akan menjadi pulih seperti sediakala. Jumpa lagi.
Remy Ishak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar