,
Hiburan

"Daripada Minat Saja-Saja, Lebih Baik Saya Buat Sesuatu..." - Black Buka 'Workshop'

Fiza Kamarudin
24/10/2019
14:48 MYT
Penyanyi Black, bersyukur kerana dapat merealisasikan impian untuk membuka sebuah bengkel dan sebagai langkah untuk memulakan perniagaan.
Ketika ditanya mengapa memilih untuk membuka bengkel untuk menapak dalam bidang perniagaan, Black berkata, kerana dia amat mencintai bidang permotoran dan kenderaan.
Bengkel milik Black yang dinamakan ‘Nyawablack Body & Paint Work’ itu terletak Taman Perindustrian Saujana Indah, Shah Alam dan sudah pun memulakan operasi.
“Sebenarnya memang cita-cita saya ingin memiliki sebuah perniagaan. Jadi saya pilih untuk buka ‘workshop’ kerana jiwa dan minat saya terhadap kenderaan.
“Selain itu saya juga tahu cara-cara nak mengecat dan dari situ saya mula terfikir…daripada minat saja-saja tidak mendatangkan hasil, lebih baik lakukan sesuatu menggunakan kelebihan yang ada.
“Ini adalah perniagaan terbesar yang saya ada dan berharap ia berpanjangan…Insha-Allah,” katanya kepada Gempak.
Bagaimanpun kata Black, bidang nyanyian tetap menjadi keutamaan kerana itu merupakan kerjayanya.
“Workshop inilah yang akan menjadi ‘back-up’ kepada saya selepas saya tidak lagi aktif menyanyi nanti. Sekuarng-kurangnya ada ‘sesuatu’, walaupun tidak lagi berada dalam industri nanti.
“Sekurang-kurangnya saya dapat terus mencari sumber pendapatan kepada keluarga dalam masa sama boleh memberikan ruang kepada orang lain untuk bekerja,” ujarnya.
Dalam pada itu Black turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan terutama isteri yang sentiasa menyokong setiap perkara yang dilakukan.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka semua yang sentiasa menyokong saya dari belakang dan semoga perniagaan yang baru sahaja saya ceburi ini dapat bertahan lama dan kekal.
“Kepada yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang workshop saya boleh ‘follow’ Instagram @nyawablack_bodypaint,” katanya
Bengkel Nyawablack Body Paint & Work dirasmikan pada 12 Oktober lalu dan dihadiri oleh rakan-rakan selebriti antaranya Hafiz, Atu, Achey, Abam dan Ucop Ahmad termasuk beberapa kelab motorsikal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lagu Sejarah Buah Tangan Istimewa Siti Nurhaliza Usai Dinobat Biduanita Negara, Singkap Perjalanan Seni Hampir 30 Tahun– “Pada Mulanya Nak Masukkan Dalam Album Tetapi…”

gempak
14/11/2024
03:50 MYT
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja apabila melancarkan single terbaharunya yang berjudul Sejarah usai menerima penganugerahan Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN2024), malam tadi.
Hiburan

Akui Terkesan Dengan Pembatalan Konsert, Aisha Retno Kekal Positif - “Orang Diluar Sana Tidak Mahu Tahu Apa Masalah Yang Kita Hadapi”

gempak
11/11/2024
21:55 MYT
Menurut pelantun lagu Samudera itu, situasi yang dihadapinya kini sangat sukar namun dia harus bersikap profesional apabila mahu tampil membuat persembahan.
Hiburan

Lyia Meta Penyanyi Malaysia Pertama Dicalonkan Dalam Anugerah Grammy

gempak
11/11/2024
13:55 MYT
Penyanyi kelahiran Malaysia, Lyia Meta terus mengukuhkan kedudukannya di pentas antarabangsa apabila vokalnya dalam album nyanyiannya disenaraikan sebagai calon Anugerah Grammy.
Hiburan

Zera Hariz Sah Bergelar Isteri Kepada Iqwan Alif Selepas 7 Tahun Bercinta, Terima Wang Hantaran RM11,111.00

gempak
11/11/2024
08:20 MYT
Pelakon dan penyanyi Zera Hariz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinnya yang juga penyanyi, Iqwan Alif pada 1 November lalu.
gegar-vaganza-11

Nama Disebut-Sebut Sertai GV11, Anis Suraya Enggan Lagi Terlibat Dalam Industri Hiburan & Pertandingan - “Maaf Jika Ada Yang Masih Menunggu”

gempak
10/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi Anis Suraya akhirnya tampil memberi respons selepas namanya menjadi sebutan ramai untuk menyertai program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) baru-baru ini.
Unitar