,
Laman Utama

Dari Penampar Terus Bagi Penendang! Netizen Komen - “Padan Muka Kau Kirana!”

Mya Amri
27/04/2022
05:38 MYT
Drama Dendam Seorang Isteri sememangnya menguji tahap kesabaran penonton setianya.
Lebih-lebih lagi dengan perangai watak antagonis iaitu Kirana lakonan Nad Zainal, fuh ini memang tak payah cakaplah.
Gaya dan mimik muka Kirana sahaja sudah cukup membuatkan penonton menyampah. Eh bukan penonton setia je tau malah netizen juga sudah meluahkan berbakul-bakul makian di media sosial.
Terbaharu, kali ini nampaknya nasib tidak menyebelahi Kirana apabila ibu mentuanya Datin Mona membuat sesuatu di luar jangkaan.
Kalau sebelum ini hanya penampar diberikan kali ini tidak ya! Datin Mona dah upgrade, dia telah menendang Kirana kerana terlalu benci.
Bak kata orang, sesuailah! Ini baru buku bertemu ruas kan?
Klip video pendek yang dikongsi Nad Zainal menerusi akaun Instagramnya itu menerima reaksi netizen yang rata-ratanya berpuas hati dengan kejadian itu.
“Baru kau tahu Kirana macam mana Amira kena dulu, sekarang kau rasakanlah Kirana,” komen @nur_shahida07.
“Padan muka! Huh,” tulis @miszayunii
“Tendang je sampai keluar pintu,” coret @__ckpya
Saksikan Dendam Seorang Isteri secara ekslusif menerusi slot Tiara di Astro Prima (saluran 105), setiap Isnin Hingga Jumaat, jam 6 petang.
Pada yang terlepas boleh juga ditonton di Astro Go dan On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Puteri Sarah Diangkat Ikon Ibu Tunggal - "Dia Ajar & Beri Nasihat Bagaimana Menyayangi Anak-Anaknya"

gempak
10/07/2024
11:16 MYT
Dua pelakon Puteri Sarah Liyana dan Nad Zainal menerima Anugerah Khas dari syarikat MommyHana.
Viral

“Mak Dia Small Size, Anak Fuh Sedap!” - Dynas Mokhtar Kongsi Wajah Anak Nad Zainal & Ungku Ismail?

gempak
04/03/2024
00:55 MYT
Comel!
Viral

Cikgu Zack Kirana Berang Difitnah, Tuntut Permohonan Maaf – "Sekiranya Tiada Permohonan Maaf Selama Tempoh Tiga Hari…”

gempak
17/02/2024
06:00 MYT
Pempengaruh, Cikgu Zack Kirana menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada dua individu yang telah memfitnah dirinya di laman sosial.
Laman Utama

#GempakWrapped2023: Kahwin Sorok, Kahwin Mengejut, Wedding Of The Year, Jom Recap!

gempak
28/12/2023
07:42 MYT
Ramai tiba-tiba kahwin tahun ni kan?
Laman Utama

Ungku Ismail, Nad Zainal Sambut Kelahiran Anak Lelaki

gempak
14/10/2023
01:47 MYT
Tahniah