HIBURAN
Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Seronok Che Ton Bila Imam Asyraf Tolong Masak Nasi Briani Daging
Semakin hari, semakin menarik program realiti drama masak pertama di Malaysia ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’ dengan pelbagai menu dan artis jemputan yang menemani Che Ton (Sherry Alhadad) memasak.
Untuk episod 11, Imam Asyraf (Hun Haqeem) dari Imam Instant Ustazah Scammer memasak dengan Che Ton dengan Nasi Briani Daging.
Manakala untuk ’dessert’ pula, Sarimah (Zarina Zainoordin) dan Tuyah (Ezu Hashim) akan buat Krim Cupcake yang sudah semestinya menggunakan bahan utama iaitu Goodday Fresh Cream Milk.
Nasi Briani Daging
Bahan-bahan daging briani:
- 2 sb minyak sapi
- 2 sb minyak masak
- Rempah 4 sekawan (4 cengkih, 1 kayu manis, 2 bunga lawang, 4 buah pelaga)
- 2 helai daun salam
- 1 biji bawang holland
- 1/2 sb biji lada hitam
- 2 inci halia
- 5 ulas bawang putih
- 2 biji tomato - dipotong empat
- 3 sb rempah briyani
- 3/4 sb serbuk cili
- 1 sk serbuk kunyit
- 3 tangkai cili hijau besar
- 1/2 sb serbuk seasoning
- Garam secukup rasa
- 1.5 kilo daging bertulang- direbus selama 45 minit, Air rebusan (agak tenggelam daging). Simpan
- air rebusan daging
- 1 sk rempah garam masala (pilihan)
- 1/2 tin susu isian sejat F&N
- Sedikit perahan jus lemon
- Daun ketumbar
- Daun pudina
Bahan-bahan nasi briani:
- 4-5 liter air (untuk rebus)
- 4 kuntum cengkih
- 4 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 helai daun salam
- 1-2 sk garam (adjust ikut rasa)
- 4 cwn beras basmati
- Sedikit minyak masak
- 1 mangkuk bawang goreng
- Pewarna kuning & oren
Cara memasak:
- 2 inci halia dan 5 ulas bawang putih - dikisar halus.
- Campurkan 3 sb rempah briyani,3/4 sb serbuk cili dan 1 sk serbuk kunyit, gaul sekata.
- Panaskan kuali dan masukkan 2SB Minyak Sapi & 2SB minyak masak, tumis rempah 4 sekawan, daun salam, hirisan bawang holland, goreng sampai layu dan naik bau. Kemudian masukkan halia & bawang putih kisar. Masukan hirisan tomoto.
- Masukkan campuran rempah kedalam tumisan. Tambahkan sedikit air. Masukkan Cili Hijau, 1/2 serbuk perasa, garam dan air rebusan daging (masukkan sedikit demi sedikit)
- Tutup kan periuk kuah selama 15 minit, sehingga semua bahan sebati, tambah 1Sk rempah garam masala. Masukkan 1/2 tin susu cair. Perah sedikit jus lemon.
- Taburkan hirisan daun ketumbar dan pudina. Renehkan perlahan-lahan sampai kuah pekat dan pecah minyak.
- 4 cawan beras basmathi - rendam 10 minit. Kemudian di toskan.
- Masak 4-5 liter air dalam periuk yang besar. Masukan 4 kuntum bunga cengkih, 4 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga lawang, 2 helai daun salam, 1-2sb garam.
- Setelah air mendidih masukkan beras. Rebus sampai beras lembut (80% masak). Masukkan sedikit minyak. Kemudian toskan nasi tersebut.
- Keluarkan kuah yang sudah masak dari periuk ke dalam bekas lain. Guna periuk yang sama, masukkan separuh nasi kedalam periuk, kemudian lapiskan separuh dengan daging dan kuah briani. Taburkan daun ketumbar dan pudina, serta bawang goreng, letak kan perwarna oren dan kuning.
- Ulang proses no 10 sekali lagi sehingga nasi dan kuah habis.
- Taburkan sedikit air ke atas nasi dan masak lagi selama 15-20 minit di atas api perlahan.
- Siap untuk dihidangkan.
Krim Cupcake
Bahan:
- 2 ½ cawan tepung serba guna
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar garam
- 1 sudu besar baking soda
- ½ cawan susu krim penuh Goodday
- ¾ cawan @ 170gm mentega cair
- 1 cawan gula perang (lembut)
- 1 sudu besar vanila
- 2 biji telur besar
Cara-cara:
- Panaskan oven kepada suhu 170°C (340°F).
- Sediakan loyang pembakar, lapik dengan kertas minyak atau gris dengan sedikit mentega.
- Dalam mangkuk besar, ayakkan tepung serba guna, tepung jagung, garam, dan baking soda. Gaul sebati supaya bahan kering tercampur dengan baik.
- Dalam mangkuk lain, pukul mentega cair bersama gula perang sehingga gula larut dan adunan menjadi lebih lembut.
- Tambahkan telur satu persatu, pukul setiap kali selepas menambah telur sehingga sebati.
- Masukkan vanila dan susu krim penuh. Gaul lagi hingga adunan menjadi rata.
- Perlahan-lahan masukkan campuran bahan kering ke dalam adunan basah secara sedikit-sedikit. Gaul menggunakan spatula atau senduk kayu sehingga semua bahan bersatu. Pastikan jangan terlebih gaul supaya tekstur adunan kekal lembut.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan. Ratakan permukaan adunan dengan spatula.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama kira-kira 20-25 minit atau sehingga kek menjadi keemasan dan jika dicucuk dengan lidi, lidi keluar bersih.
- Jika anda menggunakan loyang yang lebih besar atau lebih kecil, masa memanggang mungkin sedikit berbeza, jadi pastikan untuk memeriksa kek secara berkala.
- Setelah kek masak, keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk di dalam loyang selama 5-10 minit. Kemudian, pindahkan kek ke rak penyejuk untuk sejuk sepenuhnya.
- Kek ini boleh dinikmati begitu sahaja atau dihias dengan aising kegemaran anda.
‘Cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video