HIBURAN
Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Semakin Menarik Menu Masakan Sarimah & Tuyah, Siap Ada Peneman Istimewa
Pelbagai drama dalam program realiti drama masak pertama di Malaysia ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’.
Selepas Sarimah (Zarina Zainoordin) dan Tuyah (Ezu Hashim) ambil alih dapur daripada Che Ton, mereka la yang menyediakan semua menu.
Untuk episod kali ini, Sarimah dan Tuyah akan masak Lasagna Ayam dan Jeli Kelapa & Kacang.
Sarimah dan Tuyah juga ditemani seorang artis jemputan iaitu Taqim Zaki untuk bersama-sama mereka menyediakan masakan yang sudah semestinya menggunakan bahan utama, Goodday Full Cream Milik.
Lasagna Ayam
Bahan-bahan:
- 100 Gram Mentega
- 80 Gram tepung gandum
- 80 Gram susu penuh krim Goodday
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
Cara Membuat:
- Sos Ayam – Tumis bawang, masak ayam hingga perang. Masukkan sos tomato, pes tomato, oregano, basil, garam, dan lada hitam. Reneh hingga pekat.
- Sos Putih – Cairkan mentega, masukkan tepung, kacau. Tuang susu sedikit demi sedikit, kacau hingga pekat. Tambah garam & lada.
- Lapisan – Susun kepingan lasagna dalam loyang. Lapiskan sos ayam, sos putih, dan keju. Ulang hingga habis, tabur keju parmesan di atas.
- Bakar – 180°C selama 30-40 minit hingga keju perang.
- Hidang – Biarkan sejuk seketika, kemudian potong & nikmati!
Jeli Kelapa dan Kacang
Bahan-bahan:
- 100 Gram Kacang Tanah
- 1 biji isi kelapa
- 2 sudu besar agar-agar
- 1 liter air kelapa (50% dikisar, 50% dimasak)
- 200gm susu penuh krim Goodday
Cara Membuat Jeli Kelapa & Kacang:
- Masak Agar-Agar – Didihkan air kelapa & serbuk agar-agar hingga larut.
- Tambah Perisa – Masukkan gula, santan & garam, kacau sebati.
- Tuang & Tabur – Tuang ke dalam acuan, tabur kacang kisar.
- Sejukkan – Biarkan sejuk, kemudian simpan dalam peti sejuk 3-4 jam.
- Hidang – Potong & nikmati sejuk
‘Cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video