HIBURAN
Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Barkoba Datang Bantu Che Ton Memasak 2 Menu, Sotong Masak Hitam & Air Sirap Selasih
Bila ada Barkoba (Bell Ngasri) dari Siri 16 Puasa dalam program realiti drama masak pertama di Malaysia ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’ mestilah meriah.
Untuk episod kali ini, Barkoba akan tolong Che Ton (Sherry Alhadad) masak Sotong Masak Hitam dan buat air sirap selasih.
Seperti biasa la, Sarimah (Zarina Zainoordin) dan Tuyah (Ezu Hashim) pula siapkan Butter Brownies yang sudah semestinya menggunakan bahan utama iaitu Goodday Fresh Cream Milk.
Sotong Masak Hitam
Bahan-bahan:
- 4 sudu makan minyak masak.
- 3 biji bawang merah, dikupas kulit dan dihiris halus.
- 3 ulas bawang putih di kupas kulit dan hiris halus.
- 3 batang serai dihiris
- 800 g sotong, dibersihkan dan di potong bulat, simpan dakwatnya.
- 1 biji bawang besar di potong nipis.
- 2 biji cili merah, buang biji dan di potong memanjang.
- 75ml jus asam jawa yang di ambil daripada 1 sudu makan pes asam jawa.
- Garam & gula secukup rasa.
Cara Memasak:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga menjadi kekuningan.
- Masukan serai dan tumis beberapa minit.
- Masukkan sotong,dakwat sotong, bawang besar, cili, jus asam jawa, garam dan gula.
- Kacau rata dan biarkan masak selama 5 minit.
- Dihidang kan bersama nasi panas.
Air Sirap Selasih
Bahan-Bahan:
- Kordial sirap
- Biji selasih
- Daun pandan
- Ais
Cara Penyediaan:
- Rendam biji selasih di dalam air. Tunggu sehingga kembang.
- Kemudian masuk Kordial sirap ke dalam jug, tambahkan air, masuk kan hirisan daun pandan.
- Akhir sekali masukkan biji selasih yang telah kembang bersama ais batu.
Butter Brownies
Bahan A:
- 140gm coklat masakan hitam
- 50gm mentega
( Panaskan bahan diatas secara double-boiler. Ketepikan)
Bahan B:
- 1 biji telur
- 50gm gula perang
- 35gm tepung gandum
( Campur semua bahan B ke dalam Bahan A. Pukul rata menggunakan spatula. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit. Sejukkan sebentar.)
Bahan Mentega:
- 120gm mentega yang sudah dilembutkan
- 100gm gula kastor
- 2 biji telur
- 120gm tepung naik sendiri
- 1/4 sudu teh serbuk penaik | ayak bersama tepung
- 50ml Goodday Full Cream Milk
Cara memasak:
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang
- Kemudian masukkan sebiji telur. Pukul. Kemudian barulah dimasukkan telur kedua.
- Masukkan tepung berselang seli dengan susu sehingga habis.
- Ambil 1/3 adunan, campurkan pewarna hitam atau mengikut kreativiti sendiri. Tuang ke atas brownies tadi.
- Bakar semula pada suhu 160C selama 30-40 minit atau sehingga masak.
‘Cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video