HIBURAN
Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Ayam Dari Project High Council Teman Che Ton Masak 'Ayam Bamia'
Setiap hari program realiti drama masak pertama di Malaysia ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’ dengan pelbagai menu dan artis jemputan yang menemani Che Ton (Sherry Alhadad) memasak.
Episod kelapan menampilkan Ayam (Naim Daniel) dari Siri Projek High Council untuk bantu Che Ton masak menu Ayam Bamia.
Untuk Sarimah (Zarina Zainoordin) dan Tuyah (Ezu Hashim) pula akan buat ‘dessert’ iaitu Panna cotta yang sudah semestinya menggunakan bahan utama iaitu Goodday Fresh Cream Milk.
Ayam Bamia
Bahan bahan:
- 125ml minyak sapi.
- 15 biji badam berkulit.
- 2 helai daun pandan - ikat sampul.
- 1 ekor ayam potong lapan.
- 3 sudu makan serbuk kari daging.
- 4 biji tomato buang kulit dan lenyekkan.
- 3 biji cili hijau dihiris.
- 750ml air.
- 2 batang lobak merah, kupas kulit dan dihiris.
- 2 sudu makan pes tomato.
- 125ml susu sejat.
- 15 batang bendi di hiris kecil.
- 1 sudu makan air limau nipis
- Segenggam daun ketumbar dicincang + tambah sedikit untuk hiasan
- Garam & gula secukup rasa.
- Rempah biji: 3 biji bunga cengkih.
- 4 biji buah pelaga.
- 2 inci kulit kayu manis.
Bahan pes rempah:
- 10 bii bawang merah kupas kulit.
- 6 ulas bawang putih kupas kulit.
- 1 inci halia kupas kulit.
- 1 labu bawang besar kupas kulit.
Cara memasak:
- Satukan semua bahan pes rempah di dalam pengisar dan kisar halus.
- Panaskan minyak sapi di dalam pan yang besar dan tumiskan pes rempah, rempah biji, badam dan daun pandan dengan api yang sederhana hingga wangi.
- Masukkan ayam dan rempah kari, tumis gorengkan selama 5 minit atau hingga ayam sebati dengan ramuannya.
- Masukkan tomato dan cili. Perlahan kan api dan kacau hingga jus tomato kering.
- Masukkan air dan lobak merah. Renehkan selama 25 minit hingga ayam empuk.
- Masukkan pes tomato, susu dan bendi. Masakkan hingga kuah pekat dalam 10 minit.
- Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan jus lemon dan daun ketumbar. Gaul rata.
- Keluarkan masakan tersebut dan hiaskan dengan daun ketumbar
Panna Cotta
Bahan:
- 2 cawan Goodday Full Cream Milk
- 1/2 cawan heavy cream/whipping cream
- 2 sudu kecil serbuk gelatin halal (gelatin boleh juga digantikan dgn agar-agar tali atau agar-agar serbuk)
- 4 sudu besar gula (resepi asal 5 sudu besar gula)
- 1 sudu kecil esen vanilla
Masak Gelatin
- Mula-mula, kacau gelatin bersama 3 sudu besar air panas. Biarkan.
- Kemudian, masukkan susu Goodday Full Cream Milk, krim dan gula dalam periuk. Masak pada api sederhana sampai ada buih-buih kecil.
- Seterusnya, tutup api dan masukkan gelatin. Kacau semua bahan ini dan masukkan esen vanilla.
- Biar sejuk sedikit sebelum diisi dalam bekas dan masukkan dalam peti ais (2-3 jam dalam freezer atau 5-6 jam kalau dalam chiller).
- Untuk menambah warna dan kesegaran, variasikan topping panna cotta dengan dengan kepingan hirisan coklat atau buah-buahan kesukaan. Terpulang kepada kreativiti dan selera masing-masing, manisan ini mudah dipelbagaikan.
- Boleh guna apa-apa buah, coklat atau jem untuk membuat sosnya sendiri. Kalau nak lebih mudah, beli deco filling yang dah siap. Letakkan sos ini selepas panna cotta dah sejuk dan memejal.
‘Cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video