,
Laman Utama

Dapat Tawaran Hero Filem, Taufiq Hanafi Mahu Kuruskan Badan, Ambil Kelas Lakonan - "Saya Nak Buktikan..."

Amri Hassan
29/12/2022
03:55 MYT
Pelakon Taufiq Hanafi tidak terkilan sekiranya pemilihannya sebagai hero filem The Fireflyz dipertikaikan.
Kata Taufiq, pemilihannya itu dianggap sebagai rezeki dan akan membuktikan bakat serta kemampuannya sebagai pelakon.
"Mungkin ada yang pertikai. Saya followers pun tidak ramai, tetapi ini rezeki. Sebelum ini, saya lebih kepada watak sampingan dalam filem aksi.
"Apabila menerima tawaran untuk watak Cikgu Adam, saya teruja sangat. Bukan sebab watak utama, tetapi karakter Cikgu Adam sangat berbeza kerana perlu bermain emosi dan jiwa seorang pendidik.
"Saya mahu keluar zon selesa. Orang sudah lihat saya beraksi, kali ini watak berbeza. Saya jadi pelakon bukan untuk kejar watak hero. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah.
"Saya mahu tingkatkan ilmu lakonan, pada masa sama, buktikan kehadiran dalam dunia seni bukan sia-sia," katanya kepada Gempak.
Taufiq ditemui ketika majlis pelancaran filem tersebut yang disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) Iskandar Mirza Mohd Yusof dan dihadiri Pengerusi Eksekutif Redboy Pictures Sdn. Bhd., Datuk Seri Dr How Kok Choong.
Tambah pelakon filem Paskal ini lagi, dia akan mengambil kelas lakonan untuk menjiwai watak tersebut dengan lebih mendalam, selain berhasrat menurunkan berat badan.
"Saya mahu kuruskan badan sedikit sebab Cikgu Adam ini guru sukan dan jurulatih bola sepak, jadi mahu nampak fit. Ini adalah usaha saya untuk menjayakan watak tersebut. Sekarang pun berat badan semakin susut.
"Saya juga ada berjumpa beberapa ibu bapa yang mempunyai anak disleksia untuk lebih memahami mereka. Teruja dan gementar, tetapi ini adalah cabaran untuk saya," katanya.
The Fireflyz terbitan Redboy Pictures Sdn. Bhd. mengisahkan pelajar disleksia, Fazli yang mahu menyertai pasukan bola sepak sekolahnya dengan bantuan Cikgu Adam dan Cikgu William.
The Fireflyz akan memulakan penggambaran awal tahun hadapan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar