gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Adik Penceramah Bebas Terkenal Habib Bahar Dicabul, Cedera
HIBURAN
Dapat Layanan Istimewa Di China, Nina KSC Akui Tidak Selesa Berlakon - “Mereka Dihalau Dan…”
HIBURAN
Hael Husaini Ajak ALPHA Sertai Konsert Sulung - “Saya Yakin Mereka Bukan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Dapat Layanan Istimewa Di China, Nina KSC Akui Tidak Selesa Berlakon - “Mereka Dihalau Dan…”

gempak
Ainun Md Zooki
18/06/2025
16:00 MYT
Sponsor Banner
Dapat Layanan Istimewa Di China, Nina KSC Akui Tidak Selesa Berlakon - “Mereka Dihalau Dan…”
Pelakon, Nina KSC berkongsi pengalamannya mendapat layanan istimewa ketika melakukan penggambaran di China.
Menurut Nina atau Nina Kho Siew Ching, 33, sudah menjadi kebiasaan apabila layanan istimewa diberikan kepada seseorang berdasarkan status atau peranan mereka dalam sesebuah produksi.
Katanya, jika pelakon di sana mendapat watak utama, mereka akan mendapat tempat yang cukup mewah dari pihak produksi dan tidak sama seperti pelakon yang lain.
“Di China, mereka beri layanan berbeza ikut watak. Kalau pelakon utama, disediakan bilik khas yang tidak boleh dimasuki oleh pelakon lain.

“Pihak penerbit, pengarah dan pelakon utama akan menerima makanan dalam kotak mewah dengan lapan jenis lauk. Bungkusan pun lebih cantik.

"Manakala untuk kru lain, mereka hanya diberi bungkusan biasa," katanya kepada Gempak.
Nina KSC berkata demikian ketika menghadiri majlis tayangan dan sidang media Astro Originals Honey Trap yang berlangsung di TGV Cinemas KLCC pada Selasa.
Tambahnya lagi, dua orang kru produksi dimarahi oleh orang atasan mereka kerana menumpangnya untuk pulang ke tempat penginapan mereka.

“Pernah saya mahu tumpangkan dua kru balik ke tempat penginapan. Tapi mereka dimarah dan dihalau, sedangkan kereta saya besar. Mereka juga tinggal di hostel berdekatan hotel saya.

“Individu yang marah itu sentiasa cakap lemah-lembut dengan saya dan beri layanan baik. Tidak sangka dia boleh marah kru produksi dengan teruk," ujarnya.
Disebalik pengalaman yang diterima olehnya ketika terlibat penggambaran di China, actress itu turut mengakui dia lebih selesa untuk budaya kerja di Malaysia yang memberi layanan sama-rata kepada semua kru produksi termasuk pelakon.
Baginya amalan sebegitu tidak sepatutnya berlaku kerana menimbulkan rasa kurang senang ketika bekerja.
“Di Malaysia, kita layan semua orang sama rata. Tiada yang lebih tinggi atau rendah. Kita siap berkongsi segala perkara.
“Saya memang tak selesa dengan suasana di sana. Tak seronok bila berada dalam persekitaran begitu,” kongsinya.

BERITA BERKAITAN: "Ada Pengarah Suruh Saya Cari Kekasih Lelaki Melayu Supaya Dapat Berlatih ...." - Nina Kho”

BERITA BERKAITAN: Teruja Bawa Watak Mualaf, Nina Kho Rasa Diri Cantik & ‘Suci’ Bila Pakai Hijab - “Saya Sudah Mula Faham Kenapa Wanita Perlu…”

BERITA BERKAITAN: Nina Kho Dibuli Gara-Gara Berdarah Kacukan, Sepupu Terdekat Jauhkan Diri - “Saya Menangis Kerana…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video