gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Lucidrari Tidak Anggap Diri Sebagai Artis Mainstream - “Lirik Saya Bukan Untuk…”
HIBURAN
ALPHA Kongsi Cabaran Hasilkan Lagu ‘Inilah Kita’ - “Kami Siapkan Dalam Masa…”
HIBURAN
“Dia Cuma Manusia Kosong Yang Takut…” - Zizi Kirana
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

ALPHA Kongsi Cabaran Hasilkan Lagu ‘Inilah Kita’ - “Kami Siapkan Dalam Masa…”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
12/08/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
ALPHA Kongsi Cabaran Hasilkan Lagu ‘Inilah Kita’ - “Kami Siapkan Dalam Masa…”
Kumpulan ALPHA mengakui mereka berdepan beberapa cabaran ketika menyiapkan lagu Inilah Kita yang dihasilkan sempena sambutan Hari Kebangsaan tidak lama lagi.
Menurut Ariel, halangan terbesar adalah menghasilkan lirik pada bahagian korus pertama.
“Di awalnya, cabaran untuk Inilah Kita adalah tentang lirik lagu. Bila kami mula-mula dengar lagu daripada Mohsin versi rock tu kami memang suka.

“Tapi sebab temanya kemerdekaan, setiap perkataan dalam lirik perlu diberi perhatian. Karya patriotik ni kena bukan saja sedap didengar, tapi bawa mesej yang orang boleh faham dan hayati,” katanya kepada Gempak.

ALPHA berkata demikian ketika ditemui di Showcase Inilah Kita yang berlangsung di Pavillion Kuala Lumpur baru baru ini.
Tambahnya, walaupun jadual mereka padat dengan projek lagu yang datang berturut-turut salam masa terdekat, mereka tetap menganggap ia sebagai peluang emas yang tidak semua artis dapat.
“Jarak antara semua lagu kami tak sampai sebulan pun. Tapi Alhamdulillah, kami anggap ini rezeki.

“Dengan kerjasama sebagai satu kumpulan, terhasillah lagi satu lagu bermakna bukan saja untuk kami, tapi juga untuk seluruh rakyat Malaysia,” jelas Ariel.

Selain itu, juara Big Stage Alpha itu juga menyatakan mereka berjaya siapkan lagu tersebut dalam masa tempoh yang sangat singkat.
“Mula-mula Mohsin tulis bahagian nyanyian dan lirik awal. Dua minggu kemudian, kami buat persembahan di Pavilion.

"Pada hari itu juga kami siapkan lirik baru, tambah bahagian rap, outro, dan harmonize — semua siap dalam dua ke tiga jam sebelum perform,” katanya.

Bagaimanapun, Ariel turut memberi penghargaan kepada semua ahli kumpulannya kerana setiap seorang memberi sumbangan, terutamanya dalam bahagian rap dan lirik.
“Saya percaya ini langkah terbaik untuk ALPHA. Siapa tahu, pada masa depan, Inilah Kita boleh jadi sesuatu yang lebih besar,” ucapnya.

Bukan sekadar lagu patriotik

Dalam pada itu, Rizal juga menyatakan lagu ini juga membawa makna yang mendalam terutama sekali membawa nilai persahabatan.
“Kalau tengok lirik secara mendalam, ia melambangkan kami sebagai kumpulan. Ada cerita tentang perbezaan bangsa dan kaum.
“Saya dan Izzat pun sebenarnya bukan rakyat Malaysia — saya dari Singapura, dia dari Brunei — tapi kami tetap rasa semangat patriotik kerana suasana sekeliling,” ujarnya.

BERITA BERKAITAN: Alpha Sedia Gegar Zepp KL, Janji Beri Kejutan Untuk Peminat Di Konsert Hael Husaini - “Kami Semua Dah…”

BERITA BERKAITAN: Alpha Tak Goyah Dikecam, Ambil ‘Kritikan’ Sebagai Motivasi - “Kalau Terlalu Fokus Pada Perkara Negatif, Kita Mungkin…”

BERITA BERKAITAN: Sedar Belum Setanding K-Pop, Alpha Jadikan BTS Sebagai Inspirasi - “Memang Terlalu Jauh Sebenarnya…”

BERITA BERKAITAN: Terima Sambutan Luar Biasa, Alpha Janji Lebih Banyak Lagu Akan Menyusul - “Takkan Kita Diam Dek…”

Topic Berkaitan
#Lagu
#Merdeka
#Cabaran
#Alpha
#hasil
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement