,
Hiburan

Dapat Layanan Baik Sepanjang 21 Hari Dalam Penjara, Da’i Syed Sempat Berdakwah & Ajar Mengaji - “Pengalaman Begitu Pahit, Gelap Hidup Saya Masa Itu…”

Asyraf Roslan
24/09/2024
03:01 MYT
Pendakwah selebriti, Da'i Syed mengakui mendapat layanan yang baik sepanjang berada dalam penjara Kajang selama 21 hari.

Berdakwah dalam penjara

Menurut Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, meskipun ia satu pengalaman yang pahit namun dia berkesempatan untuk berdakwah dalam penjara.

"Alhamdulillah, syukur. Masuk penjara kan, jadi pengalaman yang begitu pahit. Gelap hidup saya masa itu tapi Alhamdulillah kesihatan saya dalam penjara baik-baik sahaja.

"Tapi hari ini saya tak berapa sihat sangat, saya deman ada ulcer jadi tak boleh nak cakap banyak. Sepanjang di dalam penjara saya dapat berdakwah, ajar orang mengaji, dan sambut Maulidur Rasul dalam penjara. “Jadi ada kesempatan dalam penjara untuk memberi sedikit manfaat dan ilmu," katanya ketika ditemui Gempak di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa.

Luang masa dengan anak sebelum ditangkap

Pada masa sama, Syed juga berkongsi dia hanya sempat meluangkan masa selama 16 hari bersama anak perempuannya sebelum ditangkap.

"Ketika itu, saya baru luangkan masa bersama anak selama 16 hari. Tapi takdir Allah petang itu saya berniat nak cukur rambut anak saya tapi rambut saya yang dicukur," tambahnya.

Da'i Syed menghadiri prosedur sebutan semula pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam ditemani isterinya, Hana Ismail pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN:Hadir Ke Mahkamah Dengan Imej Botak, Da'i Syed Harap Urusan Dipermudahkan - “Alhamdulillah, Saya Okay…”

ARTIKEL BERKAITAN:Dibebaskan Sementara, Da’i Syed Ambil Peluang Habiskan Masa Bersama Anak Perempuan

ARTIKEL BERKAITAN:Penangguhan Hukuman Terhadap Da'i Syed Prosedur Biasa, Tiada Istilah Pakai ‘Kabel' - Peguam

ARTIKEL BERKAITAN:21 Hari Meringkuk Di Penjara Kajang, Da’i Syed Dilepaskan Sementara Hingga Rayuan Didengar

ARTIKEL BERKAITAN:Tular Video Da’i Syed Betulkan Tudung Isteri Sambil Tersenyum, Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Buatlah Pilihan Terbaik Selepas Ini, Nak Stay Atau…”

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Rogol: "Tindakan Da'i Syed Tidak Dapat Diterima Akal" - Hakim

Pada 30 Ogos lalu, Syed Shah Iqmal menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen di sini menjatuhinya hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita, pada lima tahun lalu.
Namun selepas 21 hari dipenjara, Hakim, Datuk Aslam Zainuddin memutuskan untuk membenarkan permohonan peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da'i Syed untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu, hingga rayuan didengar dan diputuskan pada Jumaat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Prosiding Cerai Diadakan Secara Tertutup, Farid Kamil Sempat Berselawat Sementara Menunggu

gempak
20/11/2024
02:08 MYT
Pelakon Farid Kamil dilihat berselawat sementara menunggu prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian yang difailkan isterinya, aktres Diana Danielle.
Hiburan

Mohon Doa Yang Terbaik, Diana Danielle & Farid Kamil Hadir Berasingan Ke Mahkamah - “Saya Harap Semua Dapat…”

gempak
20/11/2024
01:42 MYT
Pelakon Diana Danielle memilih untuk tidak mengulas berhubung prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian terhadap suaminya iaitu aktor Farid Kamil.
Berita

Bakal Calon SPM Hadapi 63 Pertuduhan Amang Seksual, Pornografi Kanak-Kanak

gempak
18/11/2024
04:50 MYT
Bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sebuah sekolah menengah di Sri Gading, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor, hari ini, atas 63 pertuduhan amang seksual bukan fizikal termasuk memiliki video pornografi kanak-kanak.
Unitar