,
Laman Utama

Dapat Idea Dari Drama Dexter, Blogger Kerat Kekasih 35 Bahagian

Maliah Surip
16/11/2022
14:00 MYT
Seorang food blogger dan jurugambar mengemparkan India dengan jenayah kejamnya.
Aftab Ameen Poonawala bukan sahaja membunuh tetapi mengerat tubuh kekasihnya kepada 35 bahagian hanya untuk membuat wanita itu ‘senyap’ selepas mereka bertengkar.
Lelaki berusia 28 tahun itu mengerat 35 bahagian tubuh Shraddha Walker dengan sebahagiannya disembunyikan di sebalik timbunan ais krim dalam peti sejuk, manakala ada yang dibuang di kawasan hutan berhampiran kediaman mereka di Mehrauli, di Selatan Delhi, India.
Poonawala yang kini telah ditangkap mengaku kepada pihak polis selepas melakukan perbuatan kejam itu enam bulan lalu dia terpengaruh dengan drama jenayah terkenal, Dexter.
Menurut laporan Indian Express, Poonawala mengaku mereka bertengkar apabila Walker dipercayai mengajak suspek berkahwin sebelum dia mahu membuat kekasihnya ‘senyap’.
Dia kemudian membunuh dan memotong beberapa bahagian tubuh kekasihnya sebelum dimasukkan dalam beberapa beg berwarna hitam.
Lelaki itu mengaku dia berbuat demikian selepas terinspirasi dari karakter utama drama jenayah Dexter, Dexter Morgan yang dimainkan oleh pelakon Michael C Hall.
Suspek mengambil masa dua sehingga tiga bulan untuk menghapuskan bukti.
Ironi, hubungan cinta mereka memang ditentang oleh keluarga Walker kerana keduanya tidak mempunyai fahaman agama yang sama.
Pasangan tersebut bertemu melalui aplikasi cari jodoh, Bumble di Mumbai pada 2019 sebelum mengambil keputusan tinggal bersama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.