,
Laman Utama

Dapat Firasat Mimpi, Isteri Bongkar Penyanyi 'Surat Cinta Untuk Starla' Main Kayu Tiga

Amri Hassan
24/04/2023
14:55 MYT
Isteri kepada penyanyi Indonesia, Virgoun, Ina Idola Rusli tampil mendedahkan perselingkuhan suaminya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Austina Tenri Ajeng Anisa.
Pendedahan itu dibuat Ina selepas mendapat mimpi bahawa suaminya bermain kayu tiga.
Ina pada masa sama turut berkongsi foto dan akaun media sosial milik wanita berkenaan.
"Subuh 16 Ogos 2022, Allah beri aku petanda suami aku selingkuh, siangnya ada akaun private mesej memberitahu tentang kewujudan seorang wanita ini," tulisnya di Instagram Stories seperti dilaporkan Insertlive.
Dakwa Ina, wanita berkenaan merupakan individu yang pernah meminta Virgoun membiayai pengajiannya.
"Lebaran pun jadi pelakor (perampas laki orang). Minta dibiayai sekolah oleh laki orang. Kamu fikir dia bapa kamu?" tambahnya.
Namun, Virgoun sebelumnya sempat menulis sepucuk surat dan mengakui perselingkuhannya dengan wanita berkenaan.
Tidak hanya itu, Virgoun juga mengakui sudah bersedia untuk menceraikan Ina.
"Dengan surat ini menyatakan saya Virgoun Teguh Putra mengakui selama masih dalam status menikah dengan Ina Idola Rusli, bahawa benar telah mengakui hubungan tidak bermoral yang dilarang oleh agama dan pemerintah dengan Austina Tentri Ajeng Anisa.
"Sejak 27 September 2021 dan apabila di kemudian hari saya terbukti mengulangi perbuatan tidak bermoral yang melukai martabat isteri dan keluarga, saya bersedia untuk diproses secara hukum Islam dan hukum Indonesia sesuai dengan pasal 284 tentang perzinaan dan menceraikan isteri saya, memberikan nafkah sebesar Rp40 juta (RM11,863) sebulan dan memberikan hak penjagaan ketiga anak kami," tulis Virgoun.
Biarpun sudah berusaha untuk menutup kisah rumah tangganya, namun Ina akui menyerah dan berkongsi kepada publik.
Maklum Ina lagi Virgoun kini masih sibuk membuat persembahan ketika khabar perselingkuhannya tular.
Untuk rekod, Virgoun yang memeluk Islam pada tahun 2013 mendirikan rumah tangga bersama Ina pada 14 Disember 2014 dan dikurniakan cahaya mata pertama Starla Rhea Idola Virgoun pada 20 Mei 2015.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.