gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Syad Mutalib Pernah Rasa Risau Tak Ada ‘Job’ Lepas Kahwin - “Waktu Itu Ada Saja Orang Cakap…”
SUKAN
Zii Jia Tarik Diri Terbuka Jepun
HIBURAN
Luah Rasa Nak Buka Tudung, Nad Zainal Ada Berbual Dengan Kilafairy - “Saya Terkejut Apabila Dia…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

"Dalam Proses Memilih Tarikh Dan..."- Menginjak Usia 40 Tahun, Farahdhiya Dah Tempah Venue Pertunangan?

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
25/05/2023
09:41 MYT
Sponsor Banner
"Dalam Proses Memilih Tarikh Dan..."- Menginjak Usia 40 Tahun, Farahdhiya Dah Tempah Venue Pertunangan?
Pelakon Farahdhiya memberi bayangan seakan mahu melangsungkan pertunangan dalam masa terdekat selepas memaklumkan sudah menempah lokasi pilihan untuk majlisnya itu.
Farahdhiya, 39, memaklumkan hal itu di akaun Instagram miliknya dan ia mula menjadi perhatian warganet.
Menerusi kapsnyennya itu lagi Farahdhiya memberitahu dia kini dalam proses memilih tarikh dan calon suami yang sesuai.
"Venue pertunangan sudah ditempah! Dalam proses memilih tarikh dan calon yang sesuai," tulisnya seperti berseloroh.
Menerusi hantaran tersebut, penyanyi yang popular dengan lagu Bertakhta Di Hati itu memuat naik sekeping foto dirinya sedang duduk di atas sebuah pelamin.
Bagaimanapun, difahamkan kemas kini berkenaan sekadar gurauan dari penyanyi itu.
Menyemak di ruangan komen, hantaran itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial.
"Ramai yang beratur jadi calon ni," komen seorang warga maya.
"Moga Allah munculkan lelaki yang baik-baik," harapan seorang netizen.
Dalam pada itu, Farahdhiya sempat membalas beberapa komen dan antaranya memberitahu kebanyakan calon yang dicari tidak lepas dengan piawaiannya.
"Tapi ramai yang tak lepas piawaian," jawabnya.
Mengenai perkembangan terkini, Farahdhiya kini terlibat sebagai peserta program komedi, Mega Spontan yang sedang ditayangkan di Astro Warna setiap Jumaat sejak 19 Mei lalu.
Selain Farahdhiya, artis dan selebriti yang menyertai rancangan ini termasuk Ramona, Roy Azman, Datuk Jalaluddin Hassan, Mark Adam, Atu Zero, Joey, Adlin Aman Ramli, Ramona Zam Zam dan Aya Amiruddin.
Mega Spontan yang berformat game show komedi disertai 20 peserta itu dibahagikan kepada empat kumpulan.
Topic Berkaitan
#Farahdhiya
#Pertunangan
#Tempah
#Venue
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement