,
Laman Utama

Dakwaan Ugut Guna Pistol, Bapa Pelakon Kekasih Paksa Rela Mengaku Tidak Bersalah

Asraf Aided
11/11/2021
06:20 MYT
Bapa kepada seorang pelakon wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas dakwaan mengugut dengan mengeluarkan sepucuk pistol terhadap seorang lelaki pada 2 November lalu.
Tertuduh, Harizal Hashim, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Mohamad Redza Rezali.
Berdasarkan pertuduhan tersebut, Harizal yang merupakan bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar didakwa menakutkan Mohamad Nur Usry. Yusoff, 25, dengan mengeluarkan pistol jenis CZP-07.
Bapa kepada pelakon drama Kekasih Paksa Rela, Nynaa Harizal itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di tepi jalan U13/25J, Jalan Setia Perdana, Alam Nusantara, Setia Alam pada jam 1.40 pagi, 2 November lalu.
Jika sabit kesalahan, Harizal boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau keduanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Elyza Amira Habeeb Rahman menawarkan jaminan sebanyak RM5,000.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam difahamkan memohon mahkamah mempertimbangkan khidmat cemerlangya selama 25 tahun dengan TUDM untuk mengurangkan jumlah ikat jamin.
Teruduh juga kini sedang mengupah peguam untuk menguruskan proses penceraian anak perempuannya dengan baik.
Mahkamah menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan seterusnya pada 30 Disember nanti.
Terdahulu, media melaporkan suami kepada Nynaa, Mohamed Fahmi Ilyas membuat laporan polis dan mendakwa isterinya itu diculik oleh bapa mentuanya.
Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika Nynaa berada di set penggambaran sebeleum bertindak membawa anaknya itu untuk tujuan berubat.
Tertuduh didakwa mengajukan pistol kepada pembantu peribadi Nynaa sambil memberi amaran akan melepaskan tindakan jika dia dihalang untuk mengambil anaknya itu.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah undi artis kegemaran korang di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Polis Sangkal Dakwaan Pelakon Wanita Siasatan Tidak Ikut SOP

gempak
08/09/2024
05:34 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan dibuat seorang pelakon wanita kononnya pihaknya gagal membuat siasatan terhadap 14 laporan dan menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Berita

Remaja Lelaki Didakwa Bunuh Nuraina Humaira

gempak
27/08/2024
03:25 MYT
Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Siput pada Selasa atas pertuduhan membunuh kanak-kanak perempuan Orang Asli, dua minggu lalu.
Hiburan

Didakwa Bercuti Ke Bali Bersama Meerqeen, Ameera Khan; “Saya Ada Teman Lelaki… Shut Your Mouth!”

gempak
30/07/2024
10:25 MYT
Pempengaruh media sosial Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan tampil memberi respons terhadap dakwaan dia bercuti di pusat peranginan Bali bersama aktor, Meerqeen.
Hiburan

Nora Danish Nafi Dakwaan Bekas Suami Halang Berhijab - “Dia Tak Kisah Apa Yang Saya Inginkan, Puji Cantik”

gempak
18/07/2024
04:25 MYT
Pemain Mobile Legend Bang Bang (MLBB) yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants (SRG), Sekyss tidak pernah terdetik untuk memikul gelaran sebagai jutawan muda selepas pasukannya menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024.
Viral

Aisyah Hijanah Nafi Dakwaan Seleweng Duit Derma Orang Awam, Bakal Ambil Tindakan - “Jika Saya Berdiam Pun Tetap Disalahkan”

gempak
02/07/2024
12:28 MYT
Personaliti media sosial, Aisyah Hijanah akhirnya tampil menafikan dakwaan menyeleweng dana orang awam termasuk tuduhan yang dilemparkan terhadap diri dan suaminya, Aliff Teega.