,
Laman Utama

Dakwaan Ugut Bapa Tiri, Anak Lelaki Pengasas Kosmetik Dnars Dilepas Tanpa Dibebaskan

Awani
20/01/2022
23:00 MYT
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam melepaskan tanpa membebaskan anak lelaki pengasas kosmetik Dnars, Mohamed Aqbar Hakim Jasman, daripada pertuduhan menggugut bapa tirinya dua tahun lalu.
Majistret S. Mageswary membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang, memaklumkan mangsa dan isterinya tidak hadir ke mahkamah hari ini bagi memberikan penjelasan hasrat mereka untuk tidak meneruskan kes terhadap tertuduh.
Dalam prosiding hari ini, Mageswary berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira ketidakhadiran pengadu yang telah diberikan sapina dan wang jaminan dikenakan terhadap tertuduh turut dikembalikan.
Bagaimanapun jelasnya, ia terpulang kepada pihak pendakwaan untuk menuduh semula atau tidak terhadap tertuduh selepas ini.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya berkata, Nurulain Syahirah Mat Hasmuni dan suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim yang juga mangsa dan bapa tiri tertuduh telah menerima sapina untuk memberi keterangan dalam perbicaraan hari pertama itu.
Bagaimanapun, kedua mereka tidak hadir ke mahkamah hari ini (Khamis) tanpa sebarang alasan.
Mohamed Aqbar berdepan pertuduhan menakutkan secara jenayah terhadap bapa tirinya, Ahmad Shah, 45, dengan ugutan hendak menyebabkan kematian.
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh menerusi hantaran aplikasi pesanan ringkas Whatsapp terhadap mangsa.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang pada 15 Jun, 2020 sekitar jam 8.45 malam.
Bagaimanapun, pada 1 Julai 2020, tertuduh mengaku tidak bersalah atas dakwaan berkenaan.
Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua duanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.