,
Hiburan

“Dah Nampak Shape” Nak Kurus, Vicha Tekad Mulakan Workout

Mya Amri
08/07/2020
09:00 MYT
Pelakon dan hos Rumah No 107, Vicha bertekad untuk mengurangkan berat badannya.
Untuk menjayakan misi mencapai berat badanya g diidamkan, Vicha kini mengambil inisiatif untuk kekal aktif dengan melakukan senaman.
Menerusi akaun Instagramnya, Vicha juga berkongsi beberapa foto yang merakamkan dirinya melakukan aktiviti tersebut. Menariknya melalui foto-foto itu, pengikutnya sudah mula perasan mengenai perubahan bentuk badannya yang nampak sedikit mengecil.
Bahkan diruangan komen juga ada yang menegur badan Vicha sudah mula mempunyai lekuk.
“Wow wow macam dah nampak shape je ni. Tahniah Vicha,” puji Anis Diana.
Dalam pada itu, pengikut yang lain juga tidak ketinggalan memberikan kata-kata semangat buat Vicha. Terdahulu, Vicha mengakui tertekan dengan berat badannya yang sudah mencecah sehingga 128.4 kilogram (KG).
BACA: “Kadang Saya Stres Sendiri Dengan Berat Badan Ni" - Vicha Kongsi Berat Lebih 128 KG, Dah Buat Macam-Macam Tapi...
Dalam perkembangan terbaharu, Vicha kini terlibat dengan program terbaharu Rumah No 107 bersama Khir Rahman, Joey Daud, Man Raja Lawak dan Ropie. Saksikan episod penuh Rumah 107 setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

Atu Zero Dah Malas Nak Bertanding, Mahu Beri Peluang Kepada Pelawak Lain - “Jujurnya Saya Penat Sebab Rasa…”

gempak
17/09/2024
14:55 MYT
Pelawak yang juga salah seorang ahli kumpulan Zero iaitu Atu meluahkan rasa kesal apabila golongan pelawak dalam industri tanah air seolah-olah dipinggirkan.
Sukan

“This Is Not Her, She Can Do Way Much Better Than This,” - Jiggy

gempak
15/08/2024
14:00 MYT
Pelawak, pengacara dan pelakon, Jiggy akui isu suntingan foto pihak tidak bertanggungjawab terhadap isterinya, penerjun profesional negara, Dhabitah Sabri meninggalkan kesan emosi terhadap mereka berdua.
Hiburan

Pelawak & Hos Terkenal Dalam Proses Cerai Isteri Lepas 18 Tahun Kahwin

gempak
08/08/2024
21:55 MYT
Usia rumah tangga yang sudah melebihi 10 tahun bukan jaminan akan kekal. Begitulah yang terjadi kepada pelakon, hos dan pelawak terkenal Indonesia, Andrea Taulany dan isteri, Rien Wartia Trigina.
Hiburan

Kongsi Lirik Lagu ‘Makan Dalam', Entri Mamat Sepah Tuju Pada Siapa? - "Waktu Susah Kau Cari Aku, Waktu Senang ..."

gempak
06/08/2024
07:55 MYT
Pelawak terkenal iaitu Mamat Sepah mencuri perhatian apabila berkongsi lirik lagu ‘Hitam Manisan’ nyanyian asal kumpulan rock lagenda, Olan menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).