,
Hiburan

“Dah Lah Handsome Pandai Pula Tu, Congrats Bae” – Peminat Ucap Tahniah, Fikry Ibrahim Dah Grad

Mya Amri
10/10/2019
09:11 MYT
Pelakon Fikry Ibrahim telah menghabiskan pengajiannya dan menggenggam segulung ijazah pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-91 yang berlangsung semalam.
Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 25, telah menerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Pengiklanan dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media yang disampaikan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Dr Mohd Azraai Kassim.
Berita gembira itu dimaklumkan Fikry menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram miliknya semalam.
“Never stop learning because life never stops teaching.” Terima kasih kepada keluarga, guru-guru, kawan dan semua yang mendoakan dan support saya. Tahniah buat graduan yang lain!” tilisnya.
Kejayaan Fikry mendapat perhatian peminatnya dan rata-rata mereka mengucapkan tahniah kepada pelakon itu.
Selain itu mereka juga memuji Fikry kerana tidak mengabaikan pelajarannya walaupun sibuk dengan kerjaya lakonan.
“Tahniah! Dah lah hensem pelajaran tinggi,” komen @allydarnish
“Fikry Ibrahim ni salah satu contoh generasi baru yang well behave, di didik dengan baik adab sopan dan agama. Well educated tapi rendah hati. Very rare in his generation,” puji @@MsBella02192598
“Congrats Fikry Ibrahim. Alhamdulillah... Dah graduation, good luck dalam apa jua bidang yang diceburi,” tulis @AfikryAibrahim
Fikry memulakan kerjayanya dalam bidang seni selepas mendapat tempat ketiga dalam program Lawak Solo 2016.
Selain pelawak, Fikry juga merupakan seorang pelakon dan pengacara. Fikry mula dikenali selepas membintangi drama popular Hero Seorang Cinderella, Cekelat Semanis Honey dan Cik Reen & Encik Ngok Ngek.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.