,
Laman Utama

“Dah Kenapa Artis Malaysia Ni Makin Lama Semua Nak Tunjuk Bebal?” - Kongsi Kapsyen ‘Rogol Time’, Erry Putra Dikecam Netizen

Izwan Isa
26/03/2022
01:50 MYT
Isu berkaitan rogol dalam pengucapan awam bukanlah satu hal yang baharu. Perkataan rogol itu sendiri memberi impak negatif dalam kehidupan seharian, terutama bagi mangsa yang mengalaminya.
Gempak juga pernah sebelum ini menyiarkan teguran yang dibuat oleh pendakwah bebas, Ustaz Adnin Roslan yang menasihati orang ramai supaya tidak menjadikan rogol sebagai satu bahan jenaka dan gurau senda.
“Ok sahabat sekalian, rakyat Malaysia sekalian. Pertama, rogol tu berdosa besar, buat lawak rogol pun berdosa besar, buat scene rogol dalam movie pun berdosa besar.
“Tolong stop buat lawak lucah, tolong stop buat lawak double meaning, tolong stop tayangkan scene yang tak sepatutnya di movie dan drama. Benda ni tak lawak langsung,” tegasnya.
BACA: “Rogol Tu Berdosa Besar, Buat Lawak Rogol Pun Berdosa Besar, Buat Scene Rogol Pun Berdosa Besar” - Ustaz Adnin
Justeru, baru-baru ini, nama pelakon Erry Putra menjadi ‘panas’ apabila dia menggunakan perkataan rogol bagi menggambarkan proses penggambaran.
“Rogol time!” tulisnya sambil meletakkan beberapa emoji.
Hal ini menimbulkan respons negatif terutama dalam kalangan netizen yang tidak bersetuju mengenai penggunaan perkataan tersebut.
“Rogol bukanlah satu perkataan yang kamu boleh guna sesuka hati. Sebahagian mangsa sukar untuk hidup dengan trauma (dirogol). Saya tahu ia sekadar lakonan tetapi tak semua benda kamu boleh buat main. Sekurangnya, berhati-hati dan sensitif dengan kata-kata kamu,” tulis seorang netizen.
Begitupun, ada yang berpendapat ia bukanlah lakonan sebaliknya ia sekadar promosi murah yang menggambarkan betapa cetaknya pemikiran si tuan punya badan.
“Ia bukan lakonan. Lakonan merupakan dalam babak. Gambar yang dikongsi menggambarkan rendahnya pemikiran dan murahnya promosi. Betul-betul jahil dan tidak sensitif terhadap trauma orang lain,” tulis seorang lagi netizen.
Selain itu, ada juga yang menyelar tindakan Erry Putra sebagai satu hal yang kurang menyenangkan.
“Dah kenapa artis-artis Malaysia ni makin lama semua nak tunjuk bebal?” tanya netizen ringkas.
What the fuck man? pic.twitter.com/3InYcqufmP— (2years with Dolla Watch Me Glow)?? (@deathcashdoll) March 25, 2022
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Rogol Anak Hingga Bersalin, Buruh Dipenjara 72 Tahun, 60 Sebatan

gempak
12/09/2024
21:55 MYT
Seorang buruh dihukum penjara 72 tahun dan 60 sebatan oleh Mahkamah Sesyen  setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sehingga melahirkan anak, tahun lepas.
Hiburan

“Nak Kutuk Ke, Cakap Saya Terpaling Tahu Ke, Silakan” - Teruk Dikecam Bersuara Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Tetap Mahu Sebar Kesedaran Tentang Pedofilia

gempak
12/09/2024
03:55 MYT
Uyaina Arshad mengakui dirinya teruk dikecam netizen hanya kerana kelantangannya menyuarakan pendapat tentang isu Abang Bas.
Berita

Gadis 18 Tahun Ditemui Mati Tanpa Seurat Benang, Tangan Diikat Dengan Coli

gempak
11/09/2024
05:25 MYT
Pengakhiran yang cukup tragis buat seorang penjual makanan bergoreng di Indonesia apabila ditemui dalam keadaan badannya tertimbus di dalam hutan.