,
Laman Utama

"Dah Dua Dos Pun Goyang Dengan Cikgu Tak Vaksin Ke?" - Rita Rudaini Komen Isu Guru Diasingkan Ke Dalam Stor Zink

Asraf Aided
23/11/2021
06:39 MYT
Sebuah video viral seorang lelaki mengakui dirinya guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan St Michael, Ipoh, Perak mencuri perhatian pelakon Rita Rudaini.
Lelaki bernama Hafizan dalam video tersebut mendakwa dia diasingkan oleh pihak sekolah dan perlu menjalankan kerjanya dalam sebuah stor zink yang tidak selesa.
Rita berkongsi video tersebut di ruangan Instagram Story beserta pandangannya.
"Aik? Dah kena dua dos pun goyang dengan cikgu tak vaksin ke cik pengetua dan cikgu-cikgu lain?
"Nanti mati pegang bendera putih," tulisnya.
Dalam video berkenaan, Hafizan juga mendakwa diberikan stor Pendidikan Jasmani pada mulanya namun disebabkan banyak barangan dan kawasan laluan, dia ditukarkan ke stor zink yang panas itu.
Sementara dalam perkongsian sebelumnya, Rita menasihati golongan yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk berdisiplin dan telus selain mendapatkan dos penggalak bagi yang telah menerima temu janji.
"Korang yang dah fully vaccinated please la disiplin dan telus, jangan la ketegaq...
"Kes dah naik ni sebab korang ingkar temujanji booster," tulisnya menerusi Instagram Story.
Rita turut menyertakan foto tangkap layar kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (KJ) yang mengatakan kadar kemasukan ke hospital sudah meningkat.
Dalam kenyataan sama, KJ turut menasihati orang ramai yang sudah menerima temujanji dos penggalak untuk pergi mendapatkannya.
Terdahulu, Rita pernah menjadi bualan hangat netizen apabila berkongsi amalan merebus bunga cengkih di kediamannya.
Selain itu, Rita juga selesa digelarkan sebagai prosafe dan bukannya antivaksin kerana dia sendiri pernah mengambil vaksin lain sebelum ini.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Pelajar Hidap Penyakit Sopak Selepas Ditampar Guru

gempak
08/09/2024
18:55 MYT
Huang berkata, dia membawa anaknya, Liu yang berusia 11 tahun ke hospital selepas menyedari pipi kanan anaknya membengkak teruk.
Hiburan

“Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” - Rita Rudaini

gempak
03/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini tetap memberi sokongan kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.
Hiburan

Rita Rudaini Bengang Tajuk Artikel Petik 'Anak Legenda JDT' - “Aku Penat Bela Dari Kecil, Legenda? Celah Mana?”

gempak
02/09/2024
08:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa bengang apabila sebuah portal menggunakan tajuk ‘Anak Legenda JDT’ mengenai pencapaian anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024, baru-baru ini.
Hiburan

“Saya Percaya Kebolehan Anak Saya” - Rita Rudaini Tiada Tips Besarkan Anaknya Sendirian

gempak
27/08/2024
05:55 MYT
Biarpun membesarkan kedua-dua anak lelaki sendirian, pelakon jelita Rita Rudaini akui tiada sebarang tips untuk dikongsikan kepada khalayak.