,
Hiburan

"Dah Boleh Duduk Ainul, Smart Girl!" - Dr. Amalina Bakri

Zulaikha Yusof
13/11/2019
04:31 MYT
Pelatih pakar bedah warganegara Malaysia, Dr. Amalina Bakri berkongsi perasaan gembira selepas melihat perkembangan positif adik Ainul Mardiah Ahmad Safiuddin.
Menurut Amalina, Ainul sudah boleh duduk sendiri selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya. Keterujaan itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Twitter miliknya.
Amalina berkongsi sekeping foto Ainul yang sedang duduk di sofa di mana di bahagian lehernya masih terdapat trakeostomi.
Trakeostomi merupakan satu prosedur pembedahan di mana satu bukaan pernafasan alternatif dibuat pada bahagian depan leher pesakit bertujuan untuk memasukkan tiub trakeostomi ke dalam salur pernafasan (trakea) bagi memudahkan proses pernafasan berlaku.
Prosedur ini boleh bersifat sementara atau kekal bergantung kepada situasi masalah pesakit tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Amalina melahirkan rasa syukur serta turut sama berasa gembira selepas melihat keadaan Ainul yang makin sihat.
Ainul Mardhiah yang menghidap kanser 'Germ Cell Tumor' tiba di London pada 25 Mei dan menjalani pembedahan selama lima jam di Hospital Great Ormond Street bagi membuang tumor seberat 200 gram pada 10 Jun.
Pembedahan itu dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar pelbagai bidang bersama pelatih pakar bedah Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri, yang bertanggungjawab membawa bayi itu serta ibu bapanya ke London bagi mendapatkan rawatan.
Kisah Ainul Mardhiah bukan saja mendapat perhatian rakyat Malaysia, malah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menziarahinya ketika beliau berada di United Kingdom untuk lawatan rasmi tiga hari bulan lepas.
Berita mengenai keadaan kanak-kanak itu tular di media sosial sebelum Dr Nur Amalina menghulurkan bantuan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Mak Tak Didik Saya Jadi 'Bodoh-Bodoh Sikit' Untuk Bertemu Jodoh" - Dr. Amalina Tempelak Kenyataan Prof Muhaya

gempak
09/06/2021
10:20 MYT
Susulan kenyataan viral Prof Muhaya...
Laman Utama

#OhAbeNik: Seri Baju Kurung! Selain Dr. Amalina, Ini Selebriti Yang Mengenakan Baju Tradisional Ketika Bernikah

gempak
03/04/2021
09:50 MYT
Cantik-cantik semua!
Viral

"Rahim Tu Macam Span Ke, Siapa Ajar?" - Dr. Amalina Betulkan Mitos Rahim Kembang Lepas Minum Air Sejuk

gempak
01/07/2020
15:23 MYT
Viral

"Tak Sabar Nak Tengok Ainul Berlari-Lari Di Taman" - Dr. Amalina Kongsi Kenangan Selepas Setahun Ainul Mardhiah Dibedah

gempak
11/06/2020
05:19 MYT
Viral

Tolak Masalah Internet Slow, Ini 5 Tips Belajar Online Dr. Amalina Bakri!

gempak
01/06/2020
02:24 MYT