gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Faizdickie, Influencer Kucing Turun Ulu Tiram Shelter Santuni 300 Si Bulus - "Saya Memang Suka Kucing"
HIBURAN
Jefri Nichol Minta Maaf Kalah Tinju 38 Saat, Ameera Khan: “Always My Superstar”
HIBURAN
Shila Amzah Mohon Netizen Tidak Salah Faham, Jelaskan Hubungan Dengan Ibu Kini Lebih Baik
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Dah Beli Cincin, Jumpa Keluarga…Tapi Jodoh Tak Sampai” – Andy Teh

Umirah Halim
Umirah Halim
10/08/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
“Dah Beli Cincin, Jumpa Keluarga…Tapi Jodoh Tak Sampai” – Andy Teh
Pelakon, Andy Teh mendedahkan dia pernah menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun namun berakhir di tengah jalan walaupun segala persiapan perkahwinan sudah dilakukan.
Perkongsian tersebut dilakukan oleh Andy ketika menjadi tetamu dalam podcast Confession Bilik Gelap.
Menurutnya, hubungan itu putus kerana bekas kekasihnya tidak memahami kerjayanya dalam industri hiburan.
“Ya, betul (hubungan terputus sebab dia tak faham kerjaya saya). Bekas kekasih saya tak ada dalam industri ini.
“Lama juga kami bercinta, hampir lima tahun. Sebenarnya kami dah nak kahwin. Cincin pun dah beli, keluarga pun dah jumpa,” katanya.
Menurut pelakon drama First Wives itu, perpisahan tersebut adalah keputusan yang terpaksa diambil kerana dia percaya cinta tidak boleh dipaksa.
“Apa saya boleh kata, jodoh saya tak sampai. Saya tak boleh memaksa sebab cinta itu tak boleh dipaksa. Jadi biarlah. Sakit pula bila cerita,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Andy bakal muncul dengan filem baharu berjudul Abah Saya Uncle Mike yang diinpirasikan daripada kisah benar.
Dalam naskhah bergenre drama yang akan menemui penonton di pawagam bermula 28 Ogos ini, Andy memegang watak sebagai Uncle Mike, seorang lelaki Cina yang secara tidak sengaja terlibat dalam kehidupan tiga beradik yatim piatu Melayu, iaitu Rafie, Rasyid dan Rahman.
Filem ini diangkat daripada kisah benar Michael Tong Wai Siong, atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike, seorang lelaki yang membesarkan tiga anak Melayu yatim piatu sejak kecil, lengkap dengan kasih sayang dan bimbingan rohani termasuk penghormatan terhadap agama Islam.
Dedikasi Uncle Mike turut diiktiraf apabila beliau dianugerahkan Anugerah Maulidur Rasul 2024 oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, atas jasa dan pengorbanannya yang luar biasa.
Terbitan Astro Shaw bersama Etika Sdn. Bhd., Abah Saya Uncle Mike mengetengahkan tema kekeluargaan, perpaduan dan kasih sayang merentas bangsa. Ia dibintangi Andy Teh bersama pelakon muda berbakat seperti Idan Aedan, Nor Merah dan Umar Shakur, dan turut menggunakan tiga bahasa, Melayu, Mandarin dan Kantonis.
Sinopsis
Rafei, anak sulung daripada tiga beradik yatim piatu, cuba melarikan diri dari rumah anak yatim yang kejam bersama adik-adiknya. Namun, mereka akhirnya terpisah. Dalam perjuangan menyatukan semula keluarga, mereka dipertemukan dengan Uncle Mike, lelaki Cina berhati emas yang mengubah takdir hidup mereka.
Filem ini menegaskan bahawa keluarga bukan sekadar pertalian darah, dan kasih sayang sejati tidak mengenal kaum mahupun agama.
Topic Berkaitan
#Jodoh
#Teh
#Andy
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement