,
Laman Utama

"Dah Ajak Bincang Cara Baik, Tapi Dia Pilih Jalan Begini" - Radhi OAG

Awani
17/12/2022
03:47 MYT
Terpalit dengan kontroversi sejak bergelar anak seni, vokalis kumpulan OAG, Radhi mengakui, risau dengan tanggapan masyarakat terutama para peminatnya.
Radhi ketika ditemui Astro AWANI menyifatkan segala kejadian yang menimpa dirinya sebelum ini sebagai ujian dalam kehidupan.
“Tipulah kalau saya cakap tak risau dengan hal-hal yang berlaku sebelum ini.
“Kes perbicaraan saya dan bekas isteri masih berjalan. Beberapa kali juga saya ajak dia berbincang secara baik tetapi dia yang pilih jalan begini. Yang penting sekarang saya nak bersihkan nama saya,” katanya. Radhi berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang akhbar Festival Konsert OAG 30 Tahun Generasiku baru-baru ini.
Dalam pada itu, Radhi atau Muhammad Radhi Razali, 45, berkata, kes perbicaraan atas tuduhan mencederakan bekas isterinya, Nur Shaira Ayu Zahiri akan bersambung pada 14 Februari 2023. Harapan Radhi, kebenaran akan terbukti apabila sampai masanya kelak.
“Kalau betul saya buat, saya akan terus mengaku orangnya. Tetapi dalam hal ini saya serahkan semuanya kepada pihak berkuasa.
“Saya tak nak fight di ruang yang salah. Saya juga dah maafkan apa yang dia buat dan saya juga berharap dia maafkan saya. Kita sama-sama move on. Saya anggap ini semua ujian dari Allah SWT untuk saya.
“Kalau saya cakap tak risau kes ni akan beri kesan pada penjualan tiket konsert itu nanti, tipulah kan. Saya akan usaha sebaik mungkin untuk membuat persembahan terbaik pada malam itu nanti. Saya janji akan clean dan sihat sepenuhnya untuk konsert nanti,” akhirinya.
Festival Konsert OAG 30 Tahun Generasiku akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 25 Disember ini sempena 30 tahun pembabitan OAG dalam industri muzik.
Sumber: Awani
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Terkini

“Satu Hari nanti Jika Sesuai…” - Belum Masa Untuk Buat Konsert, Dayang Nurfaizah Mahu Fokus Album

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Perjalanan seni penyanyi, Dayang Nurfaizah kini sudah berusia 25 tahun.
Hiburan

Mahu Fokus Karier, Aisha Retno Doakan Kejayaan Yuka Kharisma - "Hanya Padang Mahsyar Yang Boleh Menjawab"

gempak
21/11/2024
06:55 MYT
Namun menurut Aisha buat masa ini dia hanya mahu memfokuskan kepada kariernya dan lagu yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Unitar