,
Laman Utama

"Dadah Bukan Pilihan Saya" - Isyariana

Amri Hassan
14/10/2021
12:15 MYT
Bintang drama rantaian Hati Yang Dikhianati, Isyariana menegaskan enggan terjerat dengan najis dadah dan penyalahgunaan bahan terlarang.
Kata Isya, 30, dia punyai cara sendiri untuk mendalami sesuatu watak atau menyelesaikan sesuatu masalah, bukannya dengan cara mengambilan bahan terlarang seperti dadah.
"Bagi saya, ia adalah satu pilihan. Untuk saya mendalami sesuatu watak atau mengatasi masalah, dadah bukan pilihan saya," katanya kepada Gempak.
Isya mengulas mengenai gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan selebriti dan penggiat industri seni di dalam serta luar negara hingga menjadi stigma negatif masyarakat sekalig gus mencalar reputasi golongan artis.
Diminta mengulas mengenai insiden penangkapan penggiat seni ekoran penyalahgunaan dadah, kata Isya; "Saya tak ada hak untuk komen mengenai perkara terbabit."
Isya kini kembali menjalani penggambaran drama bersiri adaptasi Mis Tres Hermanas berjudul Hati Yang Dikhianati.
Bercerita lanjut mengenai perjalanan watak Lisa dalam drama tersebut, Isya akui sedikit kekok apabila kembali ke set penggambaran baru-baru ini.
"Sebenarnya saya gembira sangat dapat kerja balik dan masuk set sebab rindu sangat lama tak berlakon.
"Susah tu tak adalah sangat, cuma bila dah lama stop berlakon, lidah jadi keras nak berdialog.
"Mood dan karakter tu mujurlah masih melekat dengan saya, jadi sepanjang lockdown ia on hold," katanya yang menonton semula drama asal Miss Tres Hermanas bagi 'refresh' karakter Lisa.
Hati Yang Dikhianati turut dibintangi Amar Baharin, Mona Ellen, Zamarul Hisham, Mia Nasir, Shah Iskandar dan ramai lagi.
Drama bersiri Hati Yang Dikhianati kini telah kembali membawakan kisah yang lebih dramatik dan menyentuh jiwa!
Saksikan kisah cinta yang lebih panas dan pergolakan yang lebih mendebarkan Mulai 22 Oct, setiap Isnin hingga Jumaat, 6 petang di saluran 105 Astro Prima atau erta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.