,
Viral

Cut Intan Nabila Bocorkan Video Baru Dipukul: “Tidak Mampu Hitung Berapa Banyak Kali Dia Seksa Saya”

Maliah Surip
22/08/2024
01:47 MYT
Kisah pempengaruh Cut Intan Nabila yang didera suami, Armor Toreador masih menjadi bualan hangat pengguna media sosial.
Wanita Indonesia itu memuat naik rakaman video CCTV dirinya dibelasah lelaki tersebut yang juga menendang bayi baru lahir mereka selepas tidak tahan sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak lima tahun berkahwin.

BERITA TRENDING: Banyak Lagi Video Dibelasah, Rakan Dedah Cut Intan Nabila Pernah Ditendang Ketika Sarat Mengandung - “Itu Bukan Rumah Tangga Tapi Neraka!”

Pendedahan tersebut membawa kepada penangkapan Armor selain Cut Intan memfailkan perceraian terhadapnya.
Namun Armor melalui peguam meminta Cut Intan memaafkan dan kembali rujuk demi tiga cahaya mata mereka.
Selain bertegas untuk tidak mahu kembali menjadi isteri Armor, Cut Intan akhirnya mendedahkan video lama dirinya dicekik dan dipukul pada bahagian wajah dengan disaksikan salah seorang anak mereka.

Paling memalukan

Insiden tersebut terjadi pada Februari 2022. Menurut Cut Intan, video yang dipaparkan hanya sebahagian daripada aksi dirinya dipukul dengan brutal oleh lelaki tersebut.
“Lebih dari 5 kali ? Saya saja tidak mampu menghitung berapa sering dia menyeksa saya.

“Berat sangat berat pastinya, harus ceria di sebalik semua penderitaan selama ini, kerana saya fikir ini adalah aib yang paling memalukan," tulisnya seperti dilaporkan Insert.

Maafkan mama

Tetap dengan pendirian untuk tidak mahu menarik kes perceraiannya, Cut Intan menerusi perkongsian sama turut memberi semangat kepada dirinya sendiri.
"Maafkan mama ya nak, setelah ini kita sembuhkan trauma ini bersama,” tulisnya.

BERITA TRENDING: Cut Intan Nabila Akhirnya Buka Mulut, Mohon Maaf 5 Tahun Rahsiakan Kisah Rumah Tangganya

BERITA TRENDING: Cut Intan Nabila Menangis Dalam Pelukan Bapa - "Sakitnya Sampai Ke Ulu Hati"

BERITA TRENDING: Kantoi Tengok Porno Punca Suami Cut Intan Nabila Mengamuk Sampai Naik Tangan, Kasari Anak

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.