,
Hiburan

"Cukup Bulan Dapat Gaji Barulah Dapat Makan Murtabak Di Gerai Benteng" - Kazar Imbas kenangan

Badrul Hashim
18/08/2020
18:59 MYT
Mula membina nama sebagai penyanyi, Kazaruddin Saisi atau nama yang lebih dikenali ramai sebagai Kazar ternyata masih bertahan sehingga kini setelah terjun ke bidang lakonan.
Lagu nyanyiannya 'Memburu Impian' pernah menjadi lagu tema untuk filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1986 yang menaikkan nama pelakon prolifik Faizal Hussein.
Dengan puluhan filem dan ratusan drama yang dilakonkannya, Kazar mempunyai pelbagai kisah yang sering dikongsinya di media sosial terutama di Instagram miliknya. Biarpun agak jarang mendapat perhatian media, Kazar tetap menjadi pilihan penerbit dan pengarah drama tempatan.
Dalam satu entri di Instagram miliknya, Kazar mengimbas kembali kenangan ketika dia bekerja sebagai budak pejabat lebih 40 tahun dulu.
"Sedar-sedar dah lebih 40 tahun berlalu. Dulu itulah laluan harianku semasa menjadi office boy yang berjalan kaki menghantar surat kesemua bank-bank di sekitar Leboh Ampang...Jalan melaka dan Benteng.
Gaji $100 sebulan. Cukup bulan dapat gaji barulah dapat makan murtabak di gerai Benteng. Masa tu masih ada nasi lemak 20 sen di meja kaki lima bangunan," tulis Kazar mengimbas kembali.
Kazar turut berpesan kepada anak-anak muda sekarang supaya perbanyakkan bersyukur kerana dilahirkan di zaman sekarang apabila mudah mendapat apa sahaja yang diinginkan daripada ibu bapa masing-masing.
"Kepada anak-anak muda zaman now. Perbanyakkanlah bersyukur kerana kamu lahir dizaman umur 8 tahun mak ayah dah bagi motor untuk merempit," tegur Kazar dalam nada sedikit berseloroh.
Pelakon yang kini berumur 61 tahun berkahwin dengan Rashidah Latiff dan mempunyai lima orang cahaya mata. Kazar pernah memenangi Anugerah Lawak Warna 2014 dan Anugerah Sri Angkasa pada tahun 2016, kedua-duanya untuk anugerah Pelakon Komedi Lelaki Terbaik TV.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Atu Zero Dah Malas Nak Bertanding, Mahu Beri Peluang Kepada Pelawak Lain - “Jujurnya Saya Penat Sebab Rasa…”

gempak
17/09/2024
14:55 MYT
Pelawak yang juga salah seorang ahli kumpulan Zero iaitu Atu meluahkan rasa kesal apabila golongan pelawak dalam industri tanah air seolah-olah dipinggirkan.