,
Laman Utama

Cuaca Panas Sangat, Sungai Jadi Cetek, Hidupan Air Tawar Cepat Mati Sukarkan Nelayan Darat Cari Rezeki

Gempak
21/05/2023
09:54 MYT
Keadaan cuaca panas yang melanda negara ketika ini menyebabkan hampir 100 nelayan darat di Sungai Galah, Kampung Gajah, Perak terkesan apabila sungai menjadi cetek dan hidupan air tawar juga cepat mati.
Seorang nelayan, Ahmad Jamal Harun, 62, berkata, situasi itu amat ketara apabila ikan yang dijaring mati di dalam air sebelum sempat diambil dalam tempoh kurang 24 jam.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan ikan sukar dijual kerana tidak lagi segar kerana kebanyakan pelanggan lebih gemar membeli ikan yang masih hidup.
"Memang saya akui cuaca panas ketika ini sangat memberi kesan kepada kami nelayan darat. Ikan jadi berkurang dan sungai jadi cetek tak boleh nak lalu sebab enjin sangkut. Ada juga nelayan yang jatuh sakit sebab cuaca ini.
"Saya cuma tangkap ikan guna jaring sahaja. Kalau dulu saya pernah dapat sehari RM200 menjaring ikan tapi sekarang ini nak dapat RM50 pun susah. Memang keadaan sekarang ini mencabar," katanya.
Berpengalaman lebih 35 tahun sebagai nelayan, Ahmad Jamal berkata, sesuatu boleh difikirkan oleh pihak berkaitan bagi membantu nelayan menangani keadaan itu supaya golongan itu tidak terputus rezeki.
Bagi Zakaria Omar, 72, pula, keadaan itu merupakan yang terburuk dalam sejarah sejak 50 tahun menjadi nelayan darat di kawasan itu.
Menggunakan sampan sebagai pengangkutan utama, dia tetap menggagahkan diri mencari rezeki walaupun adakalanya mengalami selesema dan batuk disebabkan keadaan panas.
Menurutnya, setakat ini keadaan kesihatannya masih baik tetapi ada rakan-rakan nelayan lain yang mengalami serangan jantung dan demam disebabkan cuaca terlampau panas.
Katanya, walaupun kebanyakan nelayan darat di situ keluar mencari ikan pada waktu malam, bahang tetapi terasa menyebabkan mereka kurang selesa bekerja.
Jelas Zakaria, dalam masa dua hari turun ke sungai, baru 900 gram udang galah yang diperoleh berbanding sebelum ini lebih sekilogram sehari boleh ditangkap.
Seorang lagi nelayan, Nik Man Shaarani, 37, berkata, disebabkan keadaan sungai yang cetek, nelayan terpaksa berdepan risiko kerosakan pada enjin bot kerana dimasuki pasir selain bot yang rosak terlanggar tunggul kayu di dalam sungai.
Menurutnya, terdapat alur-alur sungai yang terbentuk dari Sungai Kinta tidak dapat dilalui nelayan kerana paras air yang rendah sekali gus menyebabkan pergerakan mencari rezeki terbatas.
"Kalau sungai tak cetek kami boleh masuk ke kawasan bekas-bekas lombong berhampiran tapi sebab dasar sungai rendah, kami tersangkut dalam pasir. Bila pasir masuk dalam enjin, memang akan ambil masa untuk baiki. Kos baik pulih juga bukan sedikit dan dalam tempoh itu memang sudah kami nak cari makan.
"Kita harap sangat kerajaan negeri atau mana-mana pihak boleh bantu ringankan beban nelayan darat ketika ini. Tak kisahlah apa pun bantuannya asalkan kami tidak terputus makanan," katanya
SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

gempak
14/09/2024
04:26 MYT
Pelakon Fattah Amin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidupnya yang menyebabkan kepada keruntuhan rumah tangganya bersama aktres, Fazura.
Berita

Remaja Lemas Ketika Mandi Sungai Bersama Rakan

gempak
23/08/2024
03:31 MYT
Kegembiraan tujuh sekawan mandi di Sungai Terengganu di Kampung Batin di Seberang Takir, Terengganu, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas petang semalam.
Viral

Misteri 'Kereta Hamil' Di China Terungkai, Rupa-Rupanya Cuaca Terlalu Panas

gempak
12/08/2024
13:55 MYT
Video tular bonet kereta di China yang 'membuncit' seakan wanita mengandung menjadi perhatian penduduk di negara itu.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Peserta Triatlon Muntah 10 Kali Berenang Di Sungai Seine, Tercemar Kuman E.Coli

gempak
01/08/2024
01:55 MYT
Seorang peserta Triatlon yang telah memenangi tiga kali sukan Olimpik, Tyler Mislawchuk muntah sebaik menghabiskan cabaran dalam pertandingan yang disertai di sukan Olimpik Paris 2024.
Berita

8 Kawasan Di Malaysia Catat Cuaca Panas Di Tahap Berjaga-Jaga

gempak
26/07/2024
05:55 MYT
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di lapan kawasan di Semenanjung hari ini.