,
Laman Utama

Cringe? Netizen Kritik Prosiding Mahkamah Tetuan Ang & Rahimin, Ini Respon Pengarah

Amri Hassan
24/02/2022
06:55 MYT
Drama rantaian berkonsep guaman Tetuan Ang & Rahimin terus menjadi buah mulut dalam kalangan netizen.
Di samping nafas baharu dalam industri layar kaca Malaysia, netizen antara lainnya turut memuji usaha dan inisiatif penerbit KL Motion untuk menyajikan drama dengan konsep berbeza dalam mendidik penonton.
Namun, ada juga yang kurang berpuas hati dengan cara olahan, penyampaian dan beberapa prosiding mahkamah dalam Tetuan Ang & Rahimin.
Kata mereka, ada beberapa prosiding mahkamah yang kurang tepat dan menyifatkan ia 'cringe'.
"Cringe cerita Tetuan Ang & Rahimin. Siap hakim yang introduce the counsels instead of the other way round," ciap seorang pengguna di Twitter.
Malah, ada yang panjang lebar berhujah mempertikaikan watak Budi (lakonan Daiyan Trisha) yang tidak mempraktikkan undang-undang syariah sedangkan dirinya lulusan syariah.
"Ada degree syariah tapi tak minta sebagai peguam syariah sebaliknya menjadi peguam sivil. Kau nak tunjukkan yang peguam sivil tu ada degree syariah tapi bukan peguam syarie, boleh tak suruh pelakon tu pakai pakaian sopan dan tutup aurat?
"Memang tak ada rasa hormat kat peguam syarie ke yang buat cerita ni?" demikian tulis pengguna lain pula.
Tampil mengulas mengenai kecaman tersebut, kata pengarah Tetuan Ang & Rahimin, Wan Hasliza Wan Zainuddin, skrip, jalan cerita dan watak drama tersebut diangkat daripada kisah dan individu sebenar.
Malah, pihaknya mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam Shaikh Saleem dan Sreekant Pillai sepanjang penerbitan drama Tetuan Ang & Rahimin.
"Cerita ini berkisarkan kisah benar yang diceritakan kepada kami. Karakter Ang, Budi dan Rahimin merupakan karakter yang benar-benar wujud secara realitinya.
"Semua skrip diteliti, diperhati dan mendapat nasihat daripada peguam, Shaikh Saleem dan Sreekant Pillai.
"Sebelum kami memulakan penggambaran lagi mereka sering bersama untuk memberikan nasihat berdasarkan pengalaman dan penyampaian cerita itu terutamanya apabila membabitkan babak di mahkamah," ujarnya kepada Gempak.
Menjawab tentang dakwaan drama terbabit cringe dan tidak mengikut prosiding mahkamah yang tepat, kata Wan Hasliza, ia diolah mengikut kesesuaian jalan cerita dan durasi masa.
"Kebanyakan isu yang dibahaskan oleh segelintir netizen melibatkan hal prosiding perbicaraan (di dalam mahkamah).
"Menurut Shaikh Saleem, ada banyak kaedah dan cara untuk hakim memperkenalkan peguam untuk mempercepatkan kes.
"Senarai nama juga diberikan sebelum prosiding. Hakim boleh berkata-kata mengikut kehendak mereka.
"Kadang-kadang hakim sudah mengenali mereka dan tidak perlu untuk memperkenalkan diri lagi, hakim juga boleh membacakan nama untuk tujuan rakaman audio atau video. Tapi bagi tujuan mempercepatkan penceritaan, Shaikh Saleem menasihati kami untuk melakukan cara sedemikian," jelasnya.
Mengulas mengenai watak Budi yang dikatakan tidak sesuai menggalas peranan sebagai peguam termasuk kekeliruan tentang wataknya sebagai peguam syarie, ini jawapan Wan Hasliza.
"Budi terketar-ketar nak masuk mahkamah, itu merupakan antara kisah yang diceritakan kepada kami berdasarkan pengalaman sebenar. Jadi, watak itu betul-betul wujud di alam nyata.
"Dia (Budi) dibentuk sebagai satu watak yang belajar di institusi pengajian tinggi yang menganugerahkannya DSPL. Tapi biasanya orang yang nak praktis syariah perlu mendaftar baru boleh dapat lesson dan melaksanakannya.
"Dalam drama ini kita menjadikan watak Budi yang tidak mahukan praktis. Dalam cerita ini Rahimin sebenarnya yang menipu.
"Karakter Budi merupakan adaptasi daripada kehidupan sebenar. Ramai graduan yang keluar tak nak praktis apa yang mereka belajar. Saya pun punyai ramai kawan yang sedemikian. Ada yang terus pakai tudung, ada yang free hair.
"Kami tiada niat untuk tidak menghormati profesion syariah. Malah, KL Motion pernah menghasilkan drama 16 episod berjudul Qanun 99 mengisahkan perundangan syariah yang mana semua orang pakai tudung dan mengikut lunas dengan betul," tambahnya.
Jangan lepaskan peluang menonton drama rantaian Tetuan Ang & Rahimin yang telah mula bersiaran pada 14 Februari, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di saluran Astro Ria dan boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO.
Drama 20 episod itu dibintangi oleh Daiyan Trisha, Ben Amir, Rashidi Ishak, Anita Baharom, Ellyas Abdullah, Shahril Sarjen, Iman Corrine Adrienne, Samsul Ahmad dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar