,
Gaya Hidup

Creador Foundation Melancarkan Platform Pendidikan Kewangan Percuma, Multiply

Kamaruddin Razal
10/08/2020
12:00 MYT
Creador Foundation, cabang bukan untung di bawah syarikat ekuiti swasta Creador, telah melancarkan Multiply (multiply.org.my/my/), sebuah platform pendidikan kewangan yang bertujuan untuk memudahkan pembelajaran tentang kewangan peribadi.
Multiply mengisi keperluan yang kritikal untuk meningkatkan kadar celik kewangan di Malaysia memandangkan 33 peratus rakyat di negara ini merasakan bahawa mereka mempunyai tahap pengetahuan yang rendah tentang kewangan.
Ketika mengumumkan pelancaran tersebut, Brahmal Vasudevan, Ketua Pengarah Eksekutif Creador yang juga Pemegang Amanah Creador Foundation berkata:
"Kami percaya bahawa pendidikan kewangan sepatutnya boleh dinikmati oleh semua orang. Multiply mengguna pakai amalan berasaskan bukti untuk menawarkan kandungan tentang kewangan peribadi yang mudah difahami, bermanfaat, menyeluruh, dan yang paling penting, percuma.
"Secara ringkasnya, kesedaran dan kefahaman tentang kewangan ialah langkah pertama yang perlu diambil untuk mengurangkan tekanan berkaitan kewangan yang boleh menggugat kesejahteraan seseorang.
"Multiply ada di sini untuk memudahkan pembelajaran tentang pengurusan kewangan peribadi, agar rakyat Malaysia boleh memiliki masa depan yang bebas daripada kebimbangan kewangan," kata Brahmal.
Brahmal turut berkongsi bahawa melalui pekerjaan yang mereka jalankan, pasukannya di Creador menyedari bahawa mereka boleh menggunakan pengetahuan kewangan yang mereka ada untuk membantu rakyat Malaysia meningkatkan pemahaman tentang kewangan peribadi mereka.
Creador Foundation menghasilkan idea-idea pembelajaran untuk Multiply melalui kerjasama yang rapat dengan penganalisis kewangan Creador serta pakar-pakar bidang yang berkaitan.
Idea-idea pembelajaran ini kemudiannya diolah dan disesuaikan untuk warga Malaysia, melalui proses penilaian yang dijalani bersama kumpulan-kumpulan fokus. Dengan cara ini, Multiply dapat memastikan bahawa ia mampu memenuhi keperluan golongan dewasa di Malaysia.
Menyedari bahawa ramai yang merasa agak takut untuk mendalami topik kewangan peribadi, Multiply telah dibentuk untuk memberi panduan kepada warga Malaysia dalam setiap langkah mereka menjalani peringkat kehidupan yang berbeza-beza, seperti fasa memasuki alam pekerjaan, membina keluarga, merancang persaraan dan lain-lain.
Isi kandungan terbaru dimuat naik setiap minggu dalam pelbagai format – antaranya video, blog, infografik, dan kalkulator.
Seiring dengan pelancarannya, Multiply telah menghasilkan satu kuiz personaliti kewangan untuk warga Malaysia untuk melihat sejauh mana mereka menguruskan kewangan mereka dengan baik.
Setelah mengetahui markah kuiz yang diperolehi, warga Malaysia boleh mula meneroka laman web Multiply untuk mendapat manfaat daripada panduan tunjuk ajar, tip dan juga alat pembelajaran lain yang berguna.
Pengguna boleh menjawab soalan-soalan kuiz "Di Mana Anda Pada Skala Budak Baru Belajar ke Boss Duit” yang menarik di: https://multipy.org.my/my/
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Sejauh Mana Anda Berpengetahuan Tentang Pelaburan Dalam Pasaran Saham? Kolaborasi Multiply & Bursa Malaysia Boleh Bantu Anda Cari Jawapan!

gempak
12/05/2021
12:10 MYT
Ada berita baik untuk anda!
Gaya Hidup

Barang Sampai Tak Sama Macam Order? Ikuti 8 Tips Membeli-Belah Secara Online!

gempak
23/11/2020
13:45 MYT
Selalu nampak orang share kecewa bila beli barang online. Ha, ikuti tips ni...
Gaya Hidup

Nak Pinjam Duit? Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Buat Personal Loan

gempak
31/07/2020
22:11 MYT