,
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

Gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan individu positif Covid-19 akan dirawat sama seperti jangkitan saluran pernafasan yang lain dan digalak memakai pelitup muka, kekal di rumah, elak interaksi sosial dan mengelakkan tempat sesak.
Bagaimanapun, individu disahkan positif masih berpotensi menyebarkan jangkitan Covid-19 dan disaran mengambil langkah kawalan dan pencegahan sekiranya perlu keluar rumah atau tempat kediaman.

BERITA TRENDING: Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

BERITA TRENDING: AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

BERITA TRENDING: “Tak Apa… Di Sini Kita Belajar, Siapa Ada Siapa Tiada Masa Kita Ditimpa Masalah” - Fasha Sandha

BERITA TRENDING: "Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

KKM memaklumkan individu tersebut perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya gejala berterusan atau bertambah teruk dan pemberian Sijil Cuti Sakit dan rujukan ke hospital (jika perlu) adalah berdasarkan penilaian pegawai perubatan yang merawat.
Menurut kenyataan itu, setakat ini tiada varian baharu dikesan dan varian yang sedang menular di Malaysia adalah masih varian Omicron dengan subvariannya terdiri daripada Variant of Concern (VOC), Variant of Interest (VOI), dan Variant Under Monitoring (VUM).
Sehingga 29 Jun lalu, sebanyak 854 kumulatif kes Currently Circulating Variant of Interest (VOI) dilaporkan dengan pecahan kes sebanyak 581 kes JN.1 dan sublineages iaitu 68 peratus; 233 kes EG.5 dan sublineages (27.3 peratus) serta 40 kes BA.2.86 dan sublineages (4.7 peratus).
"Bagi VUM, Malaysia turut melaporkan subvarian baharu yang disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu LB.1 sebanyak 12 kes (57.1 peratus). Namun begitu, subvarian yang sedang menular ini tidak menyebabkan jangkitan yang lebih teruk kepada individu yang dijangkiti,” katanya.
KKM memaklumkan Individu bergejala seperti batuk dan selesema digalakkan memakai pelitup muka ketika berada di fasiliti kesihatan selain petugas kesihatan menguruskan pesakit.
Dalam pada itu, bilangan kes baharu turun sebanyak 77.9 peratus kepada 3,810 kes pada Minggu Epidemiologi ke-26 (ME26/2024) bagi tempoh 23 hingga 29 Jun berbanding 17,256 kes pada minggu pertama tahun ini.
Tiada kes kematian dilaporkan pada tempoh tersebut berbanding 22 kes pada minggu pertama tahun ini. - Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar