,
Laman Utama

COVID-19: Kes Turun 4,239, KKM Pantau Varian Omicron

Amri Hassan
28/11/2021
08:56 MYT
Kes harian negara merekodkan angka di bawah 5,000 dengan 4,239 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,623,816 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullahmaklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.
"Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam," katanya dalam ciapan Twitter hari ini.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau perkembangan varian baharu Omicron di negara lain sebelum membuat keputusan menyekat kemasukan pengembara dari negara berkenaan.
DG Hisham berkata, pihaknya akan membuat pemantauan secara berterusan dan akan menambah jumlah negara yang berisiko sekiranya memerlukan.
"KKM sedang memantau (perkembangan varian Omicron di negara lain) dan akan tambah jumlah negara jika mendapati risiko di negara berkenaan adalah tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada KKM bercadang untuk menambah jumlah negara yang disekat terutamanya dari Eropah berikutan penularan varian berkenaan kini turut berlaku di sana, selain benua Afrika.
Kelmarin, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan pihaknya mengenakan sekatan perjalanan dari negara ini ke tujuh negara di Afrika bermula Sabtu.
Tujuh negara berkenaan ialah Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe. Sekatan itu dibuat susulan penularan varian baharu Covid-19 iaitu B.1.1.529 atau kini dikenali sebagai Omicron yang mempunyai 32 mutasi 'spike protein' iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada varian Delta.
Tambahnya, tiga negara melaporkan kes baharu Covid-19 membabitkan varian Omicron iaitu Afrika Selatan (77 kes), Botswana (empat) dan Hong Kong (dua).
Katanya, kes pertama dilaporkan di negara Botswana pada 11 November lalu, manakala Afrika Selatan pada 14 November dan diikuti Hong Kong pada 25 November.
Khairy berkata, kes pertama yang dilaporkan di Hong Kong mempunyai sejarah melawat Afrika Selatan.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, setakat ini, Malaysia masih menguatkuasakan untuk tidak membenarkan kemasukan warga asing di negara ini.
"Tetapi Untuk rakyat Malaysia dan pemastautin tetap, mereka perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin dan bukannya di rumah," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.