,
Laman Utama

COVID-19: Kes Naik Lagi 5,755, Malaysia Dijangka Berdepan Gelombang Keempat Selepas PRN Melaka

Amri Hassan
24/11/2021
10:33 MYT
Negara mencatatkan 5,755 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit meningkat berbanding semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,602,835 kes.
Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 47 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 30,110 individu.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 24, 2021 Jumlah itu juga termasuk 10 kes 'brought in dead' (BID) atau kes kematian di luar hospital.
Sementara itu, kerajaan juga bersiap sedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan sekiranya berlaku gelombang keempat jangkitan COVID-19 dalam negara susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, pada Sabtu lalu.
Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kesan jangkitan COVID-19 itu hanya dapat dilihat sekitar 10 ke 14 hari akan datang.
"Kita memantau keadaan ini. Kerajaan tahu dan bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan gelombang keempat akan berlaku di negara kita, ini kita amat khuatir.
"Kita menjangkakan kesan jangkitan ini akan dapat (dilihat) dalam tempoh 10 ke 14 hari lagi," katanya di Dewan Rakyat.
Mengulas lanjut, mengambil pengajaran daripada PRN Sabah tahun lalu, Aaron menjelaskan, kerajaan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang amat ketat bagi PRN Melaka dengan tidak membenarkan kempen besar-besaran diadakan.
"Kita juga akan menggunakan SOP yang hampir sama pada PRN Sarawak kelak dalam mengekang penularan COVID-19," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.
Berita

KKM Kesan Satu Kes Positif Mpox - KP Kesihatan

gempak
17/09/2024
06:25 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam.