,
Laman Utama

COVID-19: Kes Melonjak Naik 9,117, 11 Angka Korban Hari Ini!

Amri Hassan
05/02/2022
09:56 MYT
Jumlah kes harian COVID-19 pada Sabtu terus melonjak apabila 9,117 kes baharu direkodkan bagi tempoh 24 jam yang lalu.
Pertambahan kes baharu itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik di negara kini sebanyak 2,904,131 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, COVID-19 juga meragut 11 nyawa berdasarkan data COVIDNOW setakat semalam.
Angka itu menjadikan jumlah kumulatif bagi kes kematian kini sebanyak 32,011 kes.
Daripada jumlah itu juga, sebanyak empat kes kematian Brought In Dead (BID) yang dilaporkan.
Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 2,490 (824,437) Johor - 901 (264,121) Sarawak - 42 (252,945) Sabah - 1,205 (251,645) WPKL - 584 (223,002)— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 5, 2022 Sementara itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjangkakan jangkitan COVID-19 akan terus meningkat mendadak dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Jangkaan itu berdasarkan kadar jangkitan yang tinggi daripada gelombang varian Omicron ketika ini.
"Setakat ini, keseriusannya adalah lebih rendah daripada (varian) Delta. (Namun) kekal berjaga-jaga. Dapatkan dos penggalak," katanya menerusi ciapan di Twitter, pada Sabtu.
Singapore reports 13,208 new COVID-19 cases, 6 deaths - CNA https://t.co/cARA5JkMsB— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) February 5, 2022
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.
Berita

KKM Kesan Satu Kes Positif Mpox - KP Kesihatan

gempak
17/09/2024
06:25 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam.