,
Laman Utama

COVID-19: Kes Harian Bawah 9K, Netizen Noya Kena Semak Sendiri Pecahan Ikut Negeri- "Lecehlah Kena Klik Satu Persatu"

Amri Hassan
09/10/2021
09:44 MYT
Kes harian negara di bawah angka 9,000 dengan 8,743 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,332,221 kes.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebook beliau pada Sabtu.
Bagaimanapun, maklumat berhubung jangkitan di negeri-negeri belum dimaklumkan serta masih menunggu kemas kini terkini pada laman web CovidNow.
Meninjau ruangan komen pada akaun Facebook DG Hisham, rata-rata pengguna menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pengumuman menerusi laman sesawang CovidNow terutama mencari data pecahan kes mengikut negeri.
"Kena buka link CovidNow kat situ lebih detail tapi leceh sikitlah sebab kena klik satu-satu setiap negeri baru nampak," komen Aminuddin Amin.
"Alahai, buatlah macam biasa. Kat situ dahlah kena buka satu-satu negeri nak tengok pecahan. Bukan susah pun nak tulis semua kat FB ni," tambah Adilah Abd Manan.
"Is not up to date how to read," keluh Kelvin Wan.
"I don't understand why KKM become more and more intransparent on the way of displaying data to the public. You guys should make things easy, not more complicated," tambah Chris Christopher.
"Dulu kes kematian jadi celaru, sekarang kes harian setiap negeri jadi celaru," kata Mohd Ridzuan.
"Doktor, susah nak baca data macam ni. Please bagi data perbandingan semua negeri. Ini hak tahu bagi rakyat Malaysia untuk mengetahui keadaan semasa," tambah Apple Su.
Namun, ada yang menyokong langkah semakan status harian di CovidNow.
"Kesian DG. Ketua Pengarah Kesihatan kena buat kerja display data yang sepatutnya boleh di-update oleh orang lain. Sebab tu adanya COVIDNOW. Orang tu bukan kerja dia macam korang 24jam tengok telefon je. Ada banyak lagi kerja lain. So dia boleh fokus pada benda yang lebih penting.
"Dulu nak sangat sistem yang lebih canggih dan terkini. Dah diberi, minta secara manual plak. View jela KK punya page kalau nak tau direct," saran Puan Cika.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.