,
Laman Utama

COVID-19: 3 Pusat Beli Belah & 298 Sekolah Di Daerah Petaling Ditutup!

Asraf Aided
11/10/2020
23:22 MYT
Pusat beli-belah Mid Valley Megamall (MVM) dan The Gardens Mall (TGM) di Kuala Lumpur mengesahkan terdapat satu kes positif COVID-19 yang melibatkan staf di sebuah kedai jualan penjagaan kulit, lapor AWANI.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan bahagian pengurusan pusat beli belah terbabit, staf terbabit bekerja di London Sales Cosmetics (LSC) Sdn Bhd.
Ia merupakan anak syarikat operasi yang mengendalikan butik Origani dan Élévatione Time Stops di kedua-dua pusat beli belah itu.
“Staf itu memaklumkan kepada pihak pengurusan LSC pada 9 Oktober lalu, bahawa salah seorang daripada ahli keluarganya dijangkiti virus berkenaan.
“Wanita itu kemudian melakukan pengasingan diri dan segera melakukan ujian saringan dan disahkan positif pada 10 Oktober lalu.
“Individu berkenaan bagaimanapun disahkan tidak menunjukkan sebarang simptom,” jelas pihak pengurusan Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall.
Ketiga-tiga kedai tersebut ditutup buat sementara waktu dan kerja pembasmian kuman dilakukan di bawah syarikat LSC.
Sementara itu, pusat beli-belah Bangsar Shopping Centre (BSC) juga akan ditutup buat sementara waktu selepas salah seorang pekerja di sebuah kedai jualan penjagaan kulit disahkan positif COVID-19.
Dalam satu kenyataan ringkas yang dibuat menerusi laman Facebook rasminya, pekerja di premis berkenaan didapati tidak menunjukkan sebarang gejala sewaktu bekerja pada 6 Oktober lalu.
“Kami dimaklumkan dengan satu kes positif COVID-19 yang melibatkan kakitangan kedai produk penjagaan kulit iaitu Origani, di aras bawah.
“Kakitangan tersebut bertugas pada Selasa, 6 Oktober 2020 dan pada masa itu tidak menunjukkan sebarang gejala. Pekerja itu tidak berada di BSC sejak itu,” jelas pengurusan pusat beli-belah itu pada Ahad.
Susulan itu, butik tersebut menutup premis kedainya dan meminta semua pekerjanya menjalani ujian saringan mengikut saranan Kementerian Kesihatan (KKM).
BSC turut membuat kenyataan bahawa pihaknya akan menutup premis pusat beli-belah itu bermula pukul 8 malam Ahad bagi kerja pembasmian kuman dan kembali beroperasi pada Isnin (12 Oktober).
Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula telah memaklumkan bahawa semua sekolah di zon merah Petaling, Selangor akan ditutup mulai Isnin hingga 25 Oktober 2020.
Tindakan itu adalah selari dengan perutusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 Oktober mengenai keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan zon merah.
Orang ramai boleh menyemak senarai sekolah yang terlibat menerusi portal www.moe.gov.my atau di platform media sosial rasmi mereka.
Sumber : Astro AWANI & Sinar Harian Kredit Foto : Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Berita

Abang Bas ‘Crush’ Dengan Murid Sekolah Menangis Didakwa

gempak
10/09/2024
04:29 MYT
Pemandu bas yang sebelum ini tular memuat naik rakaman video penumpang bas sekolah sebagai ‘crush’ atau ‘kesayangan’ menangis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak, sejak April lalu
Terkini

Pemandu Bas Rakam Video Murid Sekolah Direman Lima Hari

gempak
06/09/2024
05:55 MYT
Pemandu bas dipercayai memuatnaik rakaman video penumpang bas dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau 'crush' dan 'kesayangan', direman lima hari bermula hari ini.
Viral

Budak Lelaki Guna Besen Ulang-Alik Ke Sekolah Jentik Hati Netizen - "Kasihannya, Tolonglah Mereka..."

gempak
03/09/2024
13:38 MYT
Kecekalan seorang budak lelaki ke sekolah dengan menaiki sebiji besen mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang menguji kesungguhan dan semangat kanak-kanak lelaki berkenaan.
Viral

Sadis! Tercucuk Sampai Anak Tekak, Pelajar Sekolah Dipaksa Makan Roti Berduri

gempak
02/09/2024
18:55 MYT
Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang pelajar sekolah Indonesia dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital setelah dipaksa makan roti yang dipenuhi duri.