Laman Utama
COVID-19: 20,396 Kes Baharu, Lonjakan Kes Di Sarawak
Malaysia merekodkan 20,396 lagi kes jangkitan harian COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kini 1,844,835.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes jangkitan harian melonjak di Sarawak dengan 3,747 kes.
Namun Selangor terus menjadi negeri penyumbang jangkitan baharu tertinggi dengan 3,886 kes.
Ini diikuti Johor (2,165 kes), Sabah (2,136 kes), Pulau Pinang (1,961 kes), Kedah (1,587), Kelantan (1,078 kes) dan Perak (1,057 kes).
Pecahan kes baharu #COVID19 mengikut negeri, 5 Sep 2021. pic.twitter.com/UIx7DezFLD— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) September 5, 2021
Must-Watch Video