,
Laman Utama

Covid Fighter: Ini Pesan Aishah - “Jangan Lambat Ke Hospital Kalau Oksigen Turun Lepas 94%”

Mya Amri
30/09/2021
10:45 MYT
Penyanyi Aishah tidak dapat melupakan detik-detik menakutkan sewaktu dijangkiti COVID-19.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Aishah menyatakan ketika itu dia merasakan seolah-olah kali terakhir dapat bertemu keluarganya.
“Hari ini cukup sebulan sudah sejak saya disahkan positif Covid. Sebulan lalu, selepas 10 hari demam mula merasakan pernafasan semakin susah.
“Allah SWT saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Syukur Alhamdulillah anak-anak cukup dewasa untuk bertindak dibantu dengan keluarga dan @aishahfcff_official.
“Saya akan ingat detik pintu ambulan ditutup dan wajah anak-anak semakin jauh bila ambulan bergerak. Ketika itu saya cukup takut dan tertanya-tanya sama ada inikah kali terakhir saya akan tatap wajah-wajah yang tersayang ini. Terima kasih di atas doa dan sokongan moral selama ini,” tulisnya.
Menerusi perkongsian yang sama, sebagai seorang covid fighter Aishah menasihatkan segera ke hospital sekiranya kadar bacaan oksigen kurang pada 94 peratus.
“Jaga diri, Covid masih hadir dan jangan kita alpa. Ia bukan sekadar demam selsema biasa, ia penyakit yang memisahkan kita dari orang yang kita kasihi, apabila terkapar-kapar di atas katil hospital baru kita sedar bahawa kita menghadapi bukan saja penyakit yang ganas tetapi menghadapinya berseorangan.
“Bagi saya itu yang paling parah, tangan saya ni dah lebam biru dicucuk untuk dapatkan darah dan untuk masukkan antibiotik, itu saya boleh pasrah tapi paling yang mengerikan ialah berhadapan dengan penyakit ini berseorangan dirawat oleh 'total strangers'
“Yang paling penting jangan lambat ke hospital sekiranya oksigen level korang dah turun melepasi 94% ini sangat kritikal yang akan menentukan keupayaan melawan virus ini. Stay safe everyone take care,” coretnya.
BACA: “Saya Lawan Dengan Sentiasa Mengaji & Berzikir” - Kesan Covid-19, Paru-Paru Aishah Rosak Sehingga…
Sekadar info, Aishah dilaporkan positif COVID-19 sekitar 31 Ogos lalu selepas menjalani ujian calitan (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta dan dikejarkan ke hospital berikutan paras oksigen merosot.
Selepas, hampir dua minggu dirawat di Hospital Ampang akibat jangkitan COVID-19, penyanyi Aishah semakin pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup

gempak
02/09/2024
08:32 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menzahirkan rasa syukur apabila masih dipanjangkan usia walaupun mendakwa dirinya berkali-kali pernah menjadi mangsa sihir.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Hiburan

Aishah Sifatkan Jay Jay Disenangi Ramai – “Setiap Kali Kami Jumpa, Arwah Akan Cakap ‘Hi Sedara’…”

gempak
05/08/2024
04:55 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menyifatkan Allahyarham penyanyi legenda Jay Jay adalah seorang yang disenangi ramai.
Hiburan

Datuk Aishah Pernah Terkena Sihir - “Apa Sahaja Yang Saya Tak Pernah Rasa, Santau, Busung, Turun Darah Berbulan-Bulan”

gempak
18/07/2024
07:02 MYT
Penyanyi Datuk Aishah mengakui pernah berhadapan dengan gangguan mistik sepanjang kariernya selama lebih empat dekad dalam arena seni.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.