,
Berita

COVID 19: Astro, Finas Berkolaborasi Bantu Pengkarya Di Bawah Program Dana Kandungan Digital

Maliah Surip
03/11/2020
07:15 MYT
Menerusi kerjasama khas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bersama Astro, penerbit filem tempatan berpeluang untuk menghantar permohonan bagi Dana Program TV/OTT di bawah program Dana Kandungan Digital (DKD) agihan Finas sebelum 30 November ini menerusi laman sesawang http://www.finas.gov.my/.
Matlamat utama kerjasama ini adalah untuk membantu syarikat perfileman untuk meneruskan semula penggambaran selain membayar hutang yang tertangguh selepas tidak dapat menjalankan penggambaran dalam tempoh lama berikutan penularan pandemik Covid-19.
Sebanyak 10 permohonan yang berjaya akan ditayangkan di saluran Astro First dan ia turut menerima sokongan daripada aspek pemasaran dan promosi yang kreatif bagi membina jenama filem.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, kerjasama itu dapat memberi nilai tambah kepada pembangunan filem tempatan.
"Kerjasama strategik ini menjana kepada strategi dan nilai tambah pembangunan karya filem tempatan khususnya dalam aspek pengeluaran, pengedaran dan pemameran.
"Selain itu, daripada konteks ekonomi kreatif, ini turut memberi peluang kepada penerbit menjana pendapatan melalui pemilikan hak cipta yang diberikan kepada mereka. Untuk jangka panjang, ini tentunya merangsang kepada pengedaran serta pemasaran domestik dan global," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, Finas dan Astro berkongsi matlamat yang sama dalam membantu memperkasakan semula industri kreatif yang terjejas akibat Covid-19.
"Astro berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama ini sebagai sebuah platform yang akan merealisasikan objektif program dengan mengangkat karya kreatif, sekali gus menjana ekonomi industri perfileman tempatan.
"Kami menganggap ia adalah contoh jalinan kerjasama untuk 'menang bersama' kerana membolehkan semua penggiat seni tanah air saling berganding bahu dalam terus merancakkan lagi industri filem dan memacu semula ekonomi dalam norma baharu.
"Harapan kami dengan adanya kerjasama seperti ini, ia dapat membuka ruang buat pengkarya untuk mengembangkan lagi bakat mereka sekaligus mampu memberi impak besar kepada industri dan dalam tempoh yang sama melahirkan bakat-bakat baharu seperti pengarah Syahmi Sazli menerusi filem Mael Totey The Movie," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.