,
Berita

Coretan Kekasih Allahyarham Emy AF 2016, Sebaknya...

Rozaimi Zubaidi
05/04/2018
06:10 MYT
Tanggal 3 April lalu, merupakan hari paling menyedihkan buat keluarga dan kenalan bekas peserta Akademi Fantasia 2916, Zahrul Hilmi Badrul Hisam atau lebih dikenali ssbagai Emy AF, 25, yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di jalan Tamparuli-Ranau, Sabah.
Turut terkesan dan terasa kehilangan Emy ialah, kekasih Allahyarham, dikenali sebagai Cathy Alkantara (seperti yang digunakan di Facebook).
Semalam, Cathy telah memuat naik beberapa status di Facebook (FB) seolah-olah sedang menggambarkan perasaannya ketika ini.
Rasa rindu dan kehilangan yang paling dirasai Cathy ketika ini.
Antara yang paling menyentuh hati ialah sebuah entri Cathy mendedahkan sikap Allahyarham yang disenangi ramai.
“Kaulah sebaik-baik lelaki yang aku pernah kenal. Tidak pernah berkasar, pemurah, menghormati orang lain dan tidak pernah marah.
“Ketika kau hidup kau sentiasa menjaga makan minum saya, sanggup hantar makanan dari jauh ketika saya sakit dan tidak pernah mengalah untuk mencintai saya sehingga hujung nyawa mu,” luahnya.
Turut menyentuh perasaan para sahabatnya di FB apabila Cathy menghantar pesanan Whatsapp kepada Emy, namun tiada lagi jawapan seperti sebelum ini.
Bukan untuk membuktikan apa-apa, cuma menghilangkan rasa rindu (mungkin).
Bagaimanapun rata-rata mereka meminta agar Cathy bersabar dan tabah dengan dugaan dihadapi dan redha dengan pemergiaan Allahyarham.
Terdahulu, Emy dilaporkan mengalami kecederaan parag di kepala dan badan selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan lori di laluan bertentangan.
Allahyarham yang berasal dari Tuaran, Sabah merupakan anggota kumpulan Buska Basker dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Simpangan Tuaran, pukul 9 pagi tadi (Khamis).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.