,
Laman Utama

"Content Creator Suka Buat Benda Viral Adalah Golongan Pemalas!" - Hazeman Huzir

Amri Hassan
13/06/2022
02:50 MYT
Pengacara sensasi, Hazeman Huzir atau dikenali sebagai Haze menganggap ‘content creator’ yang mencetuskan kontroversi merupakan golongan pemalas.
Haze berkata ada pelbagai cara cara untuk membuatkan sesuatu isu itu tular tanpa mengundang kecaman daripada netizen di laman sosial.
Biarpun kerap memberi nasihat, namun bekas pengacara program Motif Viral itu mengakui sukar untuk mengubah pemikiran 'golongan' tersebut.
"Pada saya, content creator yang suka buat viral untuk dapatkan sensasi adalah golongan pemalas. Sebab mereka malas nak fikir.
"Sebenarnya boleh saja keluarkan sikit sel otak untuk fikir sikit saja. Sebab nanti akan tahu macam mana nak viralkan sesuatu isu tanpa dikecam.
"Benda boleh dibuat, sebab saya pun pernah buat banyak kali… jadi, jangan malas sangat. Saya boleh kata jangan, tapi susah nak ubah pemikiran orang," katanya ketika ditemui pada sidang media Misi Kemanusian Afrika di Red Card Cafe, Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.
Seramai tujuh orang ikon popular termasuk Haze bakal terbang ke Tanzania, Afrika Timur bermula 6 Julai sehingga 19 Julai bagi menyertai misi kemanusiaan anjuran Pertubuhan Impak Prihatin Malaysia atau Impactive Malaysia (IM).
Misi kemanusiaan yang memberikan fokus kepada pembangunan pendidikan dan ekonomi itu merupakan kunjungan kedua IM ke Afrika selepas lima tahun.
Selain Haze, enam ikon yang akan turut serta terdiri daripada barisan selebriti, personaliti TV, usahawan dan bintang sosial media iaitu Nadzmi Adhwa, Farah Lee, Akhi Fairuz, Que Yahaya, Nazirul dan Aiman Hakim dari Isosynergy Holdings Sdn Bhd.
Dalam pada itu, Haze memberitahu banyak perbezaan kandungan viral dahulu dan kini selepas program yang pernah dikendalinya itu sudah tiada.
Menurut Haze, kandungan viral yang melampau disebabkan permintaan netizen yang gemar memberi pandangan tanpa diminta.
"Banyak sangat beza viral dahulu dan sekarang. Sejak Motif Viral tak ada, makin teruk… macam-macam content melampau. Bagi saya, sebenarnya salah kita semua.
"Saya faham, cara kerja dan fikiran mereka (content creator). Apa yang mereka lakukan sebab ada demand daripada kita. Content creator seperti sebuah perniagaan.
"Selagi ada pemintaan, selagi itu dia akan beri. Rakyat Malaysia suka beri pendapat walaupun tak ada siapa minta. Maka, keluarkan satu benda viral untuk minta pendapat," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar