,
Laman Utama

Comelnya! Bella Ceria Pakai Kostum Elsa Beri Keterangan Tertutup Di Mahkamah

Maliah Surip
22/09/2022
16:46 MYT
Kehadiran seorang remaja berpakaian kostum Elsa dari animasi Frozen mencuri tumpuan orang awam yang berada di sekitar Mahkamah Sesyen pagi tadi.
Rupa rupanya, dia adalah Adik Bella, remaja perempuan Sindrom Down yang menjadi didakwa menjadi mangsa pengabaian dan penganiayaan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.
Melalui beberapa potongan video dan gambar yang tersebar dalam pelbagai platform media sosial, Bella yang berusia 13 tahun dilihat tersenyum dan ramah menyambut lambaian dan sapaan orang awam kepadanya.
Bella yang mengenakan kostum Elsa bersama tudung warna biru cair itu juga kelihatan ceria meski dia hadir ke mahkamah sebagai saksi ke-18 perbicaraan kes tersebut.
Sebelum memberi keterangan, Bella ditempatkan dalam sebuah bilik dengan ditemani seorang perantara yang juga doktor psikilogi dari Jabatan Peguam Negara dan seorang peneman dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Prosiding juga berlangsung secara tertutup dan hanya boleh dilihat hakim, pihak pendakwaan dan peguam melalui rangkaian secara langsung.
Perbicaraan kes dijalankan secara tertutup dipohon oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas memandangkan saksi adalah mangsa dalam kes berkenaan.
"Kami sebelum ini memohon kepada mahkamah apabila kanak-kanak memberi keterangan, seorang perantara digunakan mengikut Seksyen 8 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 dan seorang peneman mengikut Seksyen 9 akta sama.
"Dua nama sudah diberikan kepada mahkamah ini iaitu Dr Nor Jumawaton Shahruddin dan Noor Faiidah Mohamed," katanya di hadapan Hakim Izralizam Sanusi seperti dilaporkan Berita Harian.
Sementara itu, Izralizam berkata, mahkamah sebelum ini membenarkan pelantikan perantara dan peneman selain saksi terbabit adalah kanak-kanak kurang upaya.
"Kali ini perbicaraan saksi iaitu Bella akan dijalankan melalui rangkaian secara langsung selaras Seksyen 31(b) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007.
Mahkamah juga mengikut Seksyen 12 akta sama seperti permohonan Timbalan Pendakwa Raya akan memulakan prosiding secara tertutup.
Terdahulu, Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Kredit Foto: Video Scrut
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar