,
Laman Utama

Comel! Dazrin Kongsi Video Intan Ladyana Malu-Malu Menari - “Baby Bump Alhamdulillah”

Azwa Rahman
11/12/2021
08:13 MYT
Pelakon Intan Ladyana mencuri perhatian ramai apabila sebuah video menunjukkan perut ‘baby bump’nya dikongsi di media sosial.
Menerusi laman sosial Instagram, pelakon Dazrin Kamaruddin memuat naik video pelakon tersebut yang berkunjung ke kedai karpet miliknya bersama suami, aktor Harris Alif.
Thanks for coming guys @intanladyana @harrisalif,” tulis Dazrin ringkas di ruangan kapsyen.
Pada perkongsian berdurasi 15 saat itu, Intan dan Harris dilihat sedang menari mengikut trend tarian tradisional di platform TikTok yang jelas memperlihatkan perutnya seperti berisi.
Sementara itu di ruangan komen, ada wargamaya yang memberikan komen teruja melihat ‘baby bump’ Intan.
“Comey baby bump tuuu autch,” komen seorang wargamaya.
“Comelnya baby bump @intanladyana,” kata seorang wargamaya.
Baby bump alhamdulillah,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 16,000 tontonan daripada pengikutnya.
Pada Oktober lalu, khabar angin yang menyatakan Intan sedang hamil bertiup kencang oleh kerana penampilannya sedikir berisi pada bahagian perut.
Namun sehingga ke hari ini, Intan memilih untuk senyap daripada memberikan sebarang kenyataan.
Sekadar info, Intan, 39, dan Harris, 22, mendirikan rumah tangga pada Februari lalu.
Hubungan cinta Intan dan Harris mendapat perhatian netizen memandangkan jarak usia mereka yang agak jauh iaitu 17 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"

gempak
26/04/2024
07:32 MYT
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki.  "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Hiburan

Harris Alif Berpendapat Jadi Matang Tak Boleh Belajar Dari Internet - “Dia Tak Ada Tips Ke Apa…”

gempak
19/02/2024
06:55 MYT
Harris hanya beri pendapat.
Hiburan

"Akan Lengkap Sepasang" - Intan Ladyana, Harris Alif Bakal Timang Anak Lelaki

gempak
12/02/2024
00:45 MYT
Pasangan pelakon Intan Ladyana dan Harris Alif mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Hiburan

Hamil Anak Kedua, Intan Ladyana Alami Alahan Teruk - “Jadi Double Penat…”

gempak
24/01/2024
03:55 MYT
Makin cantik Intan hamil anak kedua.
Laman Utama

Harris Alif Lalui Pengalaman Menarik Isteri Hamil, Kini Tampil Dengan Lagu ‘Terindah’ - “Ketika Proses Merakam, Saya Terima Berita…”

gempak
26/03/2023
07:00 MYT
Seronok tengok Harris sekeluarga.