,
Laman Utama

Cita Citata Menderita Autoimun Kerana Suntik Vitamin C

Maliah Surip
28/05/2021
14:45 MYT
Penyanyi dangdut dari Indonesia, Cita Citata memberitahu dirinya kini menderita penyakit autoimun.
Autoimun adalah penyakit di mana badan manusia itu menghasilkan antibodi sendiri yang menyerang sel-sel badan atau organ manusia itu sendiri.
Apa yang mengejutkan, penyanyi itu mengatakan dia diberitahu telah mendapat penyakit tersebut kerana sikapnya yang suka mengambil suntikan vitamin C dan pil kecantikan lain terutama untuk memutihkan kulit sejak beberapa tahun lalu.
Hal itu diakui Cita Citata kepada media Republik tersebut.
"Jadi gara-gara itu (kimia) sel darah putih saya terlalu banyak. Boleh jadi kerana vitamin C, dan saya suntik juga whitening.
"Sebab itu saya sudah berhenti melakukan itu (whitening) sekarang," katanya seperti dilaporkan GempakId.
Menurut Cita Citata, sejak lima tahun lalu dia selalu mengambil suntikan vitamin C untuk menambahkan staminanya dengan jadual kerja yang padat.
Selain itu, dia sering minum atau mengambil ubat pemutih kulit untuk memastikan penampilannya sebagai seorang selebriti sentiasa kelihatan cantik.
"Dulu setiap hari kerana jadual persembahan terlalu padat, saya banyak mengambil vitamin termasuk melalui suntikan.
"Ternyata impaknya seperti ini. Saya tidak tahu telah menderita autoimun sejak lima tahun lalu," akuinya lagi.
Pelantun Goyang Dumang itu kemudian mengatakan, oleh kerana telah memiliki pengalaman maka dia berkongsikan hal tersebut kepada masyarakat, terutama buat golongan yang kerap mengambil suplimen seperti dirinya.
"Saya tidak melarang atau cuba mempengaruhi orang lain untuk mengambil segala bentuk suplimen kecantikan. Saya tidak layak menjatuhkan sebarang hukuman untuk sesiapa yang mengambilnya akan sakit atau lainnya.
"Tapi saya rasa adalah lebih baik berhati hati dan memilih kepada proses mengambil pemakanan atau suplimen seperti herba. Kesannya mungkin lama tapi lebih baik," pesan Cita Citata.
Instagram: @cita_citata
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.