,
Laman Utama

Cita Citata Kini Berhijab, Tidak Lagi Menyanyikan Lagu Dangdut

Izwan Isa
11/08/2022
10:50 MYT
Keputusan penyanyi dari Indonesia, Cita Citata untuk mengenakan hijab nampaknya meraih respons positif dalam kalangan netizen.
Sungguhpun sudah berpenampilan baharu serta manis bertudung, namun, ada yang mendakwa penampilan terkini Cita Citata itu dipengaruhi oleh kekasihnya, Didi Mahardhika.
Begitupun, menurut Cita Citata, keputusan untuk mengenakan hijab adalah atas kerelaan hatinya sendiri.
"Tudung saya ini adalah ikhlas datang dari keinginan saya sejak dulu, tanpa ada paksaan sesiapa. Mungkin ada hubungannya dengan kekasih saya, pasti ada… walaupun dia tidak pernah meminta atau menyuruh saya mengenakan tudung.
“Hal ini kerana, saya berasa bersyukur kerana dia dapat membimbing saya dengan baik dan membawa kepada keputusan saya untuk belajar bertudung,” tulisnya di Instagram Story.
Dalam pada itu, Cita Citata turut memberitahu yang dia tidak akan memadam foto-foto lamanya di Instagram.
"Tapi mohon maaf IG saya adalah perjalanan saya. Saya tetap manusia yang tak sempurna jadi tak mampu hapus foto saya yang sebelumnya. Ingat bahawa setiap orang punya cerita berbeza. Sokong yang baik-baik. Doakan yang baik-baik. Insya-Allah doa baik akan kembali kepada diri kita sendiri," katanya lagi.
Dalam pada itu, menerusi laporan media Indonesia, Cita Citata mendedahkan yang dirinya tidak lagi terlibat dengan muzik dangdut.
“Benar. Saya tidak lagi menyanyikan lagu dangdut. Sejak dari awal tahun lalu saya sudah fokus dengan lagu pop dan melancarkan lagu bergenre sama.
“Dalam masa sama, saya juga tidak lagi menerima tawaran untuk membuat persembahan menyanyi dangdut,” katanya.
Ditanya tentang keputusan untuk meninggalkan muzik dangdut, Cita Citata memberitahu yang dirinya mahu mengembangkan bakat dalam genre muzik berbeza.
“Saya sudah puas menjadi penyanyi dangdut. Biarlah perkara itu menjadi antara kenangan dalam hidup saya. Sekarang saya mahu mempamerkan bakat nyanyian menerusi genre muzik pop pula,” tutupnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertama Kali Nyanyi Lagu Dangdut Sampai Juri Menari Sakan, Farhan Mustapha; "Ada Tekanan, Tapi..."

gempak
06/08/2024
02:55 MYT
Peserta Gimme The Mic Malaysia, Farhan Mustapha bersyukur apabila meraih kedudukan pertama pada minggu ketiga Gimme The Mic Malaysia.
Hiburan

Cantiknya! Peminat Puji Penampilan Scha Elinnea Berhijab - “Cantik, Dah Boleh Like Gambar”

gempak
04/08/2024
08:55 MYT
Perkongsian pelakon Scha Elinnea mencuri perhatian warganet apabila tampil mengenakan hijab baru-baru ini.
Hiburan

Nora Danish Nafi Dakwaan Bekas Suami Halang Berhijab - “Dia Tak Kisah Apa Yang Saya Inginkan, Puji Cantik”

gempak
18/07/2024
04:25 MYT
Pemain Mobile Legend Bang Bang (MLBB) yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants (SRG), Sekyss tidak pernah terdetik untuk memikul gelaran sebagai jutawan muda selepas pasukannya menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024.
Hiburan

Tak Pernah Suka & Takut Tengok Bulu Mata Siti Badriah, Suami: “Too Much Dangdut Sangat!”

gempak
23/06/2024
04:51 MYT
Penyanyi dangdut Siti Badriah sudah berkahwin dengan suami, Krisjiana Baharudin selama lima tahun. Mereka juga memiliki seorang anak perempuan.
Hiburan

Cantik Berhijab, Ramai Doakan Lana Nodin Yang Baik-Baik - “Manisnya Dia, Semoga Kekal Macam Ni”

gempak
14/04/2024
02:55 MYT
Cantiknya penampilan baru Lana Nodin.