gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Perompak Belasah, Simbah Peluntur Kepada Pempengaruh
HIBURAN
Zayn Malik Luah Didiskriminasi  Status Orang Asia Menerusi Lagu
HIBURAN
Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) Tampil Dengan Kategori Baharu, Angkat Tema ‘Karya Kreatif, Sinema Dinamik’
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Alasan Revalina S Temat Tak Mahu Bawa Watak Jahat, Tidak Ambil Penggambaran Hujung Minggu

Maliah Surip
Maliah Surip
08/07/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Alasan Revalina S Temat Tak Mahu Bawa Watak Jahat, Tidak Ambil Penggambaran Hujung Minggu
Aktres Revalina S Temat pernah menjadi pelakon Indonesia yang cukup popular terutama menerusi drama bersiri Bawang Merah Bawang Putih bersama Nia Ramadhan.
Namun selepas memakai hijab dan berkahwin, pelakon cantik itu dilihat memperlahankan kerjaya seninya. Kini, selepas beberapa tahun tidak terlibat dengan filem, pelakon berusia 39 tahun itu kembali ke layar perak.
Revalina kembali dengan filem The Sun Gazer: Cinta Dari Langit. Dia memainkan watak Aisha yang sangat penyabar.
Bercakap mengenai pembabitannya sebagai pelakon, Revalina mengaku sangat memilih tawaran lakonan yang diberikan.
Dia antaranya mengatakan mendahulukan restu suami dan anak-anak selain tidak mahu menjalani penggambaran pada hujung minggu.
“Restu suami nombor satu dan kemudian anak-anak juga. Saya juga biasanya mahu habiskan hujung minggu bersama keluarga. Penampilan sekarang banyak mempengaruhi batasan saya,” katanya seperti dilaporkan Liputan6.com.
Selain daripada itu, Revalina juga menolak untuk terlibat dengan filem seram dan tidak mahu terlibat dengan naskhah yang menampilkan dirinya sebagai seorang antagonis.
“Saya sedar sekarang ada banyak filem horror atau seram yang menampilkan pelakon utamanya wanita berhijab. Tapi untuk saya, saya fikir tidak sesuai. Paling penting kerana saya juga kini sudah berhijab saya tidak mahu memainkan watak antagonis (jahat),” katanya lagi.
Bintang Hijrah Cinta itu juga mengaku tidak bimbang kurang tawaran berlakon kerana sikap selektifnya.
“Saya tidak takut jadi selektif kerana percaya rezeki telah diatur oleh Allah SWT,” katanya.
Topic Berkaitan
#Revalina S Temat
#Watak Jahat
#Lakonan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement