,
Laman Utama

Cinta V BTS, Jennie Blackpink Terlerai

Maliah Surip
07/12/2023
03:40 MYT
Hanya selepas beberapa bulan hubungan cinta pasangan selebriti terkenal dunia Jennie Blackpink dan V BTS diketahui umum, kini peminat dikejutkan dengan khabar lain.
Cinta V dan Jennie dikatakan telah terlerai. Ikatan cinta yang terjalin putus sebelum anggota BTS mengikuti latihan tentera. Jika mengikut laporan media tempatan, pengumuman anggota BTS tidak terkecuali wajib mengikuti latihan tentera dibuat pada Oktober lalu.
Laporan yang dikeluarkan oleh JTBC itu bagaimanapun tidak mendedahkan mengenai punca percintaan mereka kandas, seperti dipetik dari AllKPop.
Malah selama ini baik V mahupun Jennie tidak pernah mengesahkan secara langsung tentang hubungan mereka.
Pasangan itu sebaliknya sering dilihat bersama dan dirakamkan dalam keadaan mesra sehingga menimbulkan spekulasi percintaan mereka.
Ini termasuklah saat keduanya bercuti di Pulau Jeju dan Jennie telah menjemput V bersama beberapa rakan lain termasuk Park Seo Joon, Choi Woo Shik, dan Park Hyung Sik untuk sesi pra dengar single solo keduanya, You & Me.
V dan Jennie juga pernah dirakamkan lensa paparazi berpegangan tangan di Paris.
Pihak agensi BTS, Big Hit Music dan YG Entertainment juga tidak pernah memberi kenyataan rasmi berhubung isu percintaan dua artis idola ramai tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jennie BLACKPINK Keluar Bersama BamBam GOT7, Ini Penjelasan Wakil Agensi

gempak
19/09/2024
12:25 MYT
Wakil daripada label Jennie BLACKPINK, OA Entertainment tampil menafikan khabar angin hubungan cinta dengan anggota kumpulan GOT7, BamBam.
Hiburan

"Kembali Ke Cinta Pertama" - Haziq Hussni Luah Perasaan Kembali Jadi Penyampai Radio.

gempak
06/09/2024
14:55 MYT
Pengacara radio, Haziq Hussni meluahkan rasa gembira apabila dia sudah kembali selepas berehat dari dunia radio.
Hiburan

Lydia Individu Paling Risau Bila Tyzo Masuk Hospital! - "Balik Bercuti, Dia Terus ..."

gempak
04/09/2024
14:30 MYT
Penyampai radio Tyzo Xander mendedahkan usahawan Lydia Rosli antara individu yang paling risau apabila dia dirawat di hospital pada Selasa.
Hiburan

Baru Beberapa Bulan Putus Tunang, Aya Amiruddin Dah Jumpa Pengganti?

gempak
04/09/2024
03:55 MYT
Personaliti media sosial, Aya Amiruddin mendedahkan bahawa dirinya sedang ‘berkawan’ dengan seorang jejaka.
Hiburan

Pernah Terlibat Dengan Ajaran Sesat, Pablo Amirul Kesal, Harap Kisah Hidup Jadi Tauladan Ramai - “Saya Terlalu Percaya Cinta..”

gempak
29/08/2024
07:55 MYT
Pelakon Pablo Amirul berkongsi semula detik apabila pernah terjebak selama dua tahun dalam ajaran sesat Millah Abraham kerana mengikut kekasih.