,
Viral

Cikgu Kena Panggil Pondan & Pelajar Kena Rotan Berdamai! Kes Selesai...

Amri Hassan
27/06/2019
23:54 MYT
Kes guru merotan seorang pelajar di sebuah sekolah, di Johor Bahru pada Selasa lepas, akhirnya selesai apabila kedua-dua pihak iaitu pelajar dan ibunya serta guru yang terlibat memohon maaf sesama mereka sendiri, semalam.
Permohonan maaf itu dilakukan oleh mereka di hadapan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan dan juga Pengarah Pendidikan Negeri Johor Azman Adnan dalam satu pertemuan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Johor Bahru, kira-kira pukul 2.30 petang semalam.
Sumber video: Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Johor pic.twitter.com/nf3EVVVlNa— BERNAMA (@bernamadotcom) June 27, 2019 Pertemuan itu hasil usaha pelbagai pihak termasuk Jabatan Pendidikan Negeri yang mahu mencari jalan penyelesaian ‘menang-menang’ kepada kedua-dua pihak tanpa melibatkan undang-undang.
Aminolhuda berkata dengan penyelesaian itu, beliau berharap semua pihak tidak memanjangkan isu terbabit kerana telah dapat ditangani dengan baik.
“Terima kasih kepada PPD Johor Bahru dan pihak sekolah kerana telah cepat mengambil tindakan dengan mengadakan sesi permuafakatan antara yang terlibat yang menghasilkan penarikan balik laporan polis dibuat oleh ibu pelajar dan guru memohon maaf secara terbuka kepada murid dan ibunya atas tindakan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Aminolhuda berkata beliau telah memberi peringatan kepada pihak sekolah supaya kejadian seumpama ini tidak berulang dan pada masa sama setiap warga pendidik haruslah dipastikan memahami serta menguasai peraturan-peraturan sedia ada agar dapat mengawal tindakan mereka dalam menangani disiplin murid.
Kejadian pada Selasa itu dipercayai berlaku apabila pelajar berkenaan, 13, telah menegur guru lelaki dengan ayat “Ah Qua Lao Shi” yang bermaksud “Cikgu Pondan” ketika gurunya lalu di koridor kelas tanpa sebab.
Teguran itu mengakibatkan gurunya sangat marah dan memukul Wong di bahagian kiri tangan dan kaki dengan menggunakan rotan, sebelum satu laporan polis dibuat oleh ibu pelajar berkenaan di Balai Polis Taman Tun Aminah, Skudai, di sini.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.