HIBURAN
Cik Epal Bikin Panas! Bawa Anak Gunting Rambut Dekat Kedai Bekas Suami Dewi - “Ada Yang Melompat Tapi Bukan…”
Video perkongsian pempengaruh dan usahawan, Cik Epal berjaya menarik perhatian warganet.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Cik Epal membawa anak lelakinya, Han untuk memotong rambut di kedai bekas suami Dewi iaitu, Imran.
“Han potong rambut dengan uncle Imran today. Agak-agak meledak tak rambut baru Han,” tulisnya.
Selain Han, Cik Epal turut meluangkan masa bersama anak keduanya iaitu Yuki.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan video yang dikongsikan oleh Cik Epal itu.
“Hahaha padu lepas ni purqy belai rambut han yang ex dia gunting
“Hahhahhahah tanya barber tu betul ke ade org tu tak paandai cakap melayu.
“CE beribu langkah didepan yang disana masih stuck dalam hutan yang ada kenangan dengan bidadari lama.
“Ada yang melompat lompat tapi bukan cipanzi
“uish menyalaa hahahahahha .ada yang panas japlagy.
“Wahhhhh mantapppp ini kita mahu support bisnes sesama kita,” kata netizen.
Sekadar info, Dewi didakwa sebagai individu yang menjadi punca kepada perpisahan antara Jofliam dan bekas isterinya, Cik Epal.
Jofliam kemudian mengakui menjalin hubungan cinta dengan Dewi serta memaklumkan bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal berkahwin pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuki. Namun, selepas 10 tahun bersama, mereka disahkan bercerai tahun lalu.
Must-Watch Video